“Rumah Baru Akan Dibin̷a Di Tap̷ak Y̷ang Sama” Ebby Yus.. Alhamdulillah D̷apat Bantu̷an Rm56K Untk Rumah Baru

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Ebby Yus menerima sumbangan daripada kerajaan berbentuk rumah mesra rakyat bernilai RM56,000.

Ia selepas rumahnya yang masih dalam pembinaan di Hulu Langat, Selangor musnah dihanyutkan banj1r, Disember lalu.

Ebby Yus, 566, atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid berkata, pembinaan rumah bantuan itu didirikan di tapak tanah lama miliknya.

“Saya menerima sumbangan daripada kerajaan iaitu rumah mesra rakyat yang dibina dengan harga RM56,000. Pembinaan rumah baharu saja didirikan empat hari lalu dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan.

“Pembinaan masih di tapak sama, cuma rumah itu dibuat ke dalam sedikit supaya berjauhan dari sungai. Risau kejadian yang sama berulang pula pada masa hadapan.

“Alhamdulillah, saya menerima pelbagai bantuan daripada peminat, rakan selebriti dan menteri cuma mereka enggan nama didedahkan. Saya juga menghargai peminat dari Singapura iaitu Haji Taib mewakili SIAEC Legends dan Veterans yang banyak menyumbang,” katanya.

Sementara itu, Ebby Yus turut berkongsi perkembangan kesihatannya yang sebelum ini diuji dengan masalah paru-paru.

“Alhamdulillah, doktor sudah buat pemeriksaan dan keadaan paru-paru saya sekarang tidak memerlukan rawatan sampai perlu ditebuk. Walau bagaimanapun, saya perlu menjalani rawatan susulan di hospital.

“Terima kasih sebab ingat dan mendoakan kesihatan saya pulih. Terima kasih buat semua yang mendoakan dan percayalah, doa kepada saya berbalik kepada kalian semua. Doa yang baik-baik,” katanya.

Sumber: HMetro

Bagi Ebby, dugaan yang melanda penduduk sekeliling lebih berganda beratnya berbanding apa yang Allah uji padanya.

KUALA LUMPUR: Rumah yang dibina sejak empat tahun lalu menggunakan pendapatan yang berbaki 10 peratus sebelum siap sepenuhnya, musnah dalam sekelip mata dek kerana ujian besar, banjir di Hulu Langat, Sabtu lalu.
Bagi pelawak, Ebby Yus, beliau reda dan menerima ketentuan Ilahi serta bersyukur masih dipanjangkan umur dan dapat keluar daripada kawasan berkenaan sebelum banjir melanda.

“Alhamdulillah pada Sabtu itu, tergerak hati Ustaz Ashraf, memanggil saya untuk menjalankan misi bantuan membungkus sumbangan di Bukit Kapar, jadi saya tergerak hati untuk keluar daripada kawasan itu sebelum banjir.
“Dalam perjalanan, penjaga dan kontraktor rumah memaklumkan, air deras mula memasuki rumah hingga ke paras dada dan tidak lama kemudian, saya menerima satu lagi panggilan menyatakan rumah sudah dibawa arus,” katanya dalam program Meletop edisi khas Kongsi Kasih terbitan Astro baru-baru ini.

Ebby menambah, ini merupakan ujian buatnya, namun, dugaan yang melanda penduduk sekeliling membuatkan air matanya tumpah.
Penderitaan orang lain, tegas selebriti kesayangan ramai itu, lebih berganda beratnya berbanding apa yang ditakdirkan padanya.
“Ikhlas saya katakan, saya cuba untuk tidak sedih dengan dugaan ini tetapi mengenangkan jiran-jiran dan penduduk setempat lain, saya menitiskan air mata.

“Sekurang-kurangnya susulan (bencana) rumah saya musnah ini, orang tahu bahawa artis juga ada usaha, dan menyimpan wang untuk masa hadapan, namun setakat ini sajalah pinjaman yang diberikan Allah,” katanya yang berlapang dada menerima takdir yang sudah tertulis buatnya.

Pada satu ketika, Ebby masih sempat mencuit hati penonton dengan telatah humornya mengatakan di kala rumah orang lain dilanda banjir lumpur, kediamannya pula masuk ke dalam lumpur.
“Rumah orang lain banjir… lumpur masuk dalam rumah mereka kena bersihkan. Rumah saya pula masuk dalam lumpur. Dah bersih terus, tak ada apa yang saya nak bersihkan lagi,” katanya ketawa.
Dalam masa sama, Ebby mengharapkan, orang ramai terus mendoakan dirinya agar dapat beristiqamah dengan kekuatan dan kesabaran ini.

“Saya datang sini bukan untuk merayu atau meminta-minta, tapi cuma inginkan doa daripada anda semua untuk saya terus beristiqamah dengan kekuatan dan kesabaran ini,” ujarnya dalam wawancara yang disifatkan netizen sebagai luahan hati yang jujur daripada seorang anak seni yang berjiwa besar.

Wawancara yang dikendalikan oleh dua hos terkenal, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein itu menyentuh hati sebilangan besar penonton ketika ditayangkan pada Rabu lalu.
Bukan sahaja Ebby yang begitu sebak ketika berkongsi momen-momen duka itu, bahkan, Nabil juga beberapa kali dilihat mengesat air matanya.

Barangkali, Nabil juga tidak mampu untuk mendasari bagaiman kuat dan tabahnya artis senior itu mengharungi ujian terbesar itu.
Dalam wawancara itu, Ebby turut berterima kasih kepada mereka yang berada di sekelilingnya yang sangat prihatin dengan nasib yang menimpanya.

Sabtu lalu, rumah Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid rebah ke bumi dibawa arus banjir susulan banjir besar di Kuala Langat.
Pembinaan rumah tersebut, kata Ebby, melengkapkan impiannya selama lebih tiga dekad selama berkecimpung dalam gelanggang seni.

Kediaman yang dianggap sangat istimewa buat lelaki bujang itu dengan kos sebanyak RM200,000 yang dibina hasil titik peluhnya.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini