Detik Cem4s B0t Pasukan Penyel4mat Dipercayai Terb4lik Ketika Selam4tkan M4ngsa Berjaya Dir4kam

Banjir di Terengganu hari ini dilaporkan semakin memburuk terutamanya di Hulu Terengganu, dengan paras air dipercayai semakin tinggi sehingga menenggelamkan rumah-rumah penduduk.

Malah, ada penduduk yang terpaksa menyelamatkan diri ke tempat tinggi dan kawasan berbukit serta terputus hubungan.

Menerusi beberapa video yang tular di media sosial hari ini, penyelamat sedang berusaha menyelamatkan penduduk di kawasan yang terjejas.

Bagaimanapun, ada kejadian yang tidak diingini berlaku membabitkan bot pasukan keselamatan yang dipercayai terbalik ketika operasi menyelamat hari ini.

Video yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter itu menunjukkan beberapa anggota penyelamat sedang berusaha untuk mengangkat bot tersebut dan dalam masa sama menyelamatkan mangsa banjir.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika mereka dalam perjalanan ke pusat pemindahan di SK Bukit Gemuroh Jalan Sekayu.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai keadaan mangsa dan anggota penyelamat itu tidak dinyatakan.

Semoga segalanya dipermudahkan dan semoga banjir yang berlaku akan surut dengan segera.

Sumber: Tok_Tek

Sumber:MyTvViral

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini