Desa Temu Jodoh, Kampung Ini Mendapat Nama Sempena Majlis Perkahwinan Beramai-Ramai Pertama Di Malaysia

Bagi orang luar yang pertama kali datang ke daerah Segamat di Johor melalui pekan Yong Peng, pasti akan tertarik bila melintasi sebuah kampung bernama ‘Desa Temu Jodoh’.

Namanya yang unik itu mudah menarik perhatian sesiapa sahaja sampai ada yang terfikir, adakah penduduk di situ mudah bertemu jodoh? Atau orang luar yang datang ke kampung itu akan mendapat jodoh?.

Kami pernah menjejaki kisah di sebalik nama Desa Temu Jodoh ini beberapa tahun lalu. Ketika itu, kami menemui Paiman Anuar, salah seorang penduduk asal kampung tersebut.

Menurut Paiman, sejak dahulu dia sudah biasa didatangi tetamu yang bertanyakan tentang asal usul nama kampung itu terutamanya sewaktu dia menjadi ketua kampung dari tahun 2006 sehinggalah dia bersara pada tahun 2015.

Ketika itu, dia menerima kunjungan ramai tetamu dari pelbagai latar belakang. Ada bergelar wartawan, pensyarah, cikgu, pelajar dan macam-macam lagi. Tujuan mereka semua sama. Antara soalan popular yang diajukan kepadanya, boleh dapat jodoh ke bila masuk kampung ni? Ramai ke anak dara dalam kampung untuk dijadikan calon isteri?

Membuka kisah tentang kampung itu, menurut Paiman, perkampungan yang terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Yong Peng dan 60 kilometer dari bandar Segamat itu dibuka sekitar lebih 30 tahun lalu.

Apa yang uniknya, kampung itu mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak membabitkan 24 pasangan.

Pada mulanya, Menteri Besar Johor ketika itu, Tan Sri Othman bin Saat telah mencadangkan sebuah penempatan dibuka kepada golongan pemuda-pemudi Sungai Lenek untuk tanaman sawit. Pada tahun 1972, Tanah Rancangan Pemuda Sungai Lenek telah diwujudkan di kawasan Cha’ah, Segamat.

Peserta tanah rancangan dikehendaki tinggal di asrama yang disediakan dan perlu mengikut beberapa syarat. Salah satunya tidak dibenarkan berkahwin dalam tempoh lima tahun.

“Saya sendiri salah seorang daripada peserta itu. Ketika itu kami terima elaun harian RM6 sehingga tanaman kelapa sawit boleh dijual,” beritahu Paiman.

Kemudian, kerajaan negeri yang bersimpati dengan kesemua peserta yang tinggal di dua asrama kecil memberikan 0.8 hektar tanah untuk dijadikan tapak rumah dan RM1,500 sebagai kos bagi mendirikan kediaman masing-masing.

Selepas kesemua peserta yang semuanya bujang mendirikan rumah, mereka mula berasa sunyi dan kesɛpian sehingga mendorong mereka untuk mencari calon isteri dan berkahwin.

Kebetulan pada waktu itu, tidak jauh dari Desa Temu Jodoh, terdapat puluhan peserta beliawanis bagi program yang sama, yang baru sahaja menyertai program tersebut.

“Kami peserta lelaki dihantar ke kawasan peserta wanita untuk ajar mereka cara tanam sawit. Masa tulah kami berkenalan sebelum ada yang bercinta termasuk saya sendiri. Masa bercinta tu kami rancang akan kahwin lepas tamat tempoh syarat yang ditetapkan tu,” ujar Paiman.

Tanpa disangka, berita tersebut sampai kepada pengetahuan pengurus tanah rancangan, Tuan Haji Hamid bin Omar. Dari sini tercɛtus satu idea untuk menyatukan beliawanis Bukit Mambai dengan beliawan Sungai Lenek.

Rundingan demi rundingan dijalankan oleh penghulu dan Pegawai Daerah Segamat dengan Menteri Besar Johor.

Akhirnya Menteri Besar, Tan Sri Haji Othman Saat bersetuju. Mana-mana peserta yang nak berkahwin, segala kos perkahwinan akan ditanggung kerajaan negeri.

“Selepas bertanya, ada 24 pasangan yang mahu kahwin. Tapi hanya empat saja yang betul-betul berkahwin antara peserta program. Kasmiran Kosmon, Abdul Rahman Aspan, Omar Sharif dan saya sendiri. Dua puluh pasangan lagi kahwin dengan orang luar,” jelas Paiman yang berkahwin dengan Maimunah Md Hussin, salah seorang beliawanis yang terlibat dalam projek itu.

Lantaran itu, persediaan diatur rapi pada bulan Oktober 1976. Pasangan mempelai cuma dikehendaki hadir untuk upacara yang telah diaturkan oleh jawatankuasa adat. Pada 27 Februari 1977, 24 pasangan ini telah dinikahkan oleh 24 jurunikah kerajaan dari Jabatan Agama Islam Johor yang berlangsung di Masjid Jamek daerah Segamat.

Pada malamnya, pengantin bertuah tersebut diraikan termasuk oleh keluarga Diraja Johor, Yang Mulia Tengku Mahkota Tengku Abdul Rahman Ibni Tuanku Ismail diiringi Menteri Besar Johor.

Perkahwinan itu merupakan majlis julung-julung kalinya perkahwinan beramai-ramai diadakan di Johor, malah merupakan majlis perkahwinan beramai-ramai pertama di Malaysia.

“Pada malam bersanding, ketika Tan Sri Othman berucap, dia secara spontan nak tukar nama Tanah Rancangan Pemuda kepada Desa Temu Jodoh sempena perkahwinan beramai-ramai ni. Dari situlah nama kampung ni mendapat nama.

“Mula-mula dengar dulu, rasa janggal dan pɛlik juga. Lain macam nama kampung. Tapi tak sangka, sebab nama yang unik itu, kampung kami jadi popular,” cerita Paiman.

Sempat juga kami bertanya, agak-agak boleh ke nak cuba nasib cari jodoh di sini?

“Ada ramai je anak gadis atau anak teruna di kampung ni. Nak cuba nasib, try ler. Untung sabut timbul, untung batu, tenggɛlam ler,” jawab Paiman ketawa panjang.

Begitulah kisah di sebalik nama Desa Temu Jodoh ini. Bukan namanya saja yang unik, kisah di sebaliknya pun menarik juga. Nak cuba cari jodoh di sini? Bak kata Paiman, tak salah nak mencuba.

Sumber Paiman Anuar

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini