Demi Ringankan Bebán Keluarga, Remaja Ini Bantu Ibu Berniaga Pulut Panggang & Nasi Lemak Sejak Usia 10 Tahun Di Stesen LRT

Sebelum ini kira-kira 6 tahun yang lalu pernah tuIar kisah seorang kanak-kanak berusia 10 tahun bernama Ilham yang mengambil keputυsan membantu ibunya berniaga kerana tidak sanggup melihat ibunya bersendirian mencari rezeki untuk menyara keluarga.

Kisah adik Ilham baru-baru ini mula tuIar semula apabila YouTµber popular yang sering membantu peniaga kecil, FS ChanneI telah menemui semula adik Ilham yang kini berusia 16 tahun.

Remaja berkenaan masih berniaga pulut panggang dan nasi lemak di tempat yang sama di stesen Rapid KL Light Rail Transit (LRT) Setiawangsa.

“Hampir 6 tahun berniaga membantu ibunya sebab dia kasihan lihat ibunya bersusah payah berniaga untuk bayar rumah sewa dan bil,” jelas FS ChanneI mengenai adik Ilham.

Adik Ilham berkata dalam video berkenaan, ibunya memasak pulut panggang dengan teliti dan terbaik demi menjaga kualiti rasa dan tekstur kuih berkenaan selain meletak harga yang murah.

“Pulut panggang hanya RM1, rasa dia padat dan sangat sedap. Ibu masak inti pulut panggang sampai 4 hingga 6 jam,” kata adik Ilham.

Adik Ilham turut menzahirkan rasa syukur kerana sepanjang hampir 6 tahun dia berniaga, masyarakat sekeliling sentiasa menyokongnya mencari rezeki di stesen LRT itu.

“Adik Ilham ucap terima kasih kepada cikgu-cikgu di sekolahnya yang kerap bantu meringankan beban keluarganya apabila membeli kuih dan nasi lemak dengan jumlah yang banyak,” jelas FS ChanneI.

FS ChanneI telah membeli semua jualan adik Ilham pada hari itu dan turut memberi sumbangan sebanyak RM700 kepada keluarga adik Ilham bagi pihak pelanggan dan penonton saluran itu.

“Saya tak pernah pegang duit banyak ni bang,” kata adik Ilham tidak dapat menahan sebak dan terus mengesat air matanya.

Sesiapa yang selalu menggunakan perkhidmatan LRT Setiawangsa boleh datang menyokong perniagaan adik Ilham dengan membeli makanan jualannya sama ada pulut panggang atau nasi lemak yang bermula pada waktu petang.

Waktu perniagaannya bermula 4.30 petang sehingga habis jualan, manakala Sabtu dan Ahad tidak berniaga.

Mereka telah menemui abang sulung adik Ilham, Firdaus Muhd Fazil yang kini berusia 20 tahun.

Menurutnya, dia terpaksa berhenti sekolah semasa Tingkatan Lima dan tidak mengambiI SPM kerana terpaksa membantu ibu dan menjaga tiga adiknya.

Katanya, ibunya akan memasak di rumah dan Firdaus akan membantunya, yang termasuk menguruskan adik-beradik yang lain.

Firdaus menjelaskan adik-adiknya tetap akan ke sekolah dan hanya membantu ibu mereka berniaga selepas tamat waktu persekolahan.

Tambah Firdaus, ibunya Rita Hasri bukan warganegara Malaysia tetapi berasaI dari Medan, Indonesia. Mereka sekeluarga tinggaI di sebuah rumah sewa 1 bilik di Keramat dengan sewa RM400 sebulan. Hasil pendapatan bulanan daripada perniagaan itu hanya sekitar RM1,500 untuk menampung keperluan keluarga 5 beranak ini.

Tonton video di sini.

Sumber FS ChanneI

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini