Demi Kelangsungan Hidup, Gadis Ini Ambil Upah Memunggah & Mengangkat Kelapa Sawit

Setiap orang ada jalan kisah hidup masing-masing. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun, hidup perlu diteruskan. Sikap terlalu memilih juga perlu diketepikan demi meneruskan kehidupan.

Begitulah yang dilakukan oleh seorang gadis manis berusia awal 20-an ini apabila dia memilih untuk mengambil upah memunggah dan mengangkat kelapa sawit di kebun kelapa sawit.

Nor Syazwani Nor Azman merupakan cucu peneroka Felda Pasoh Empat, Jelebu, Negeri Sembilan tidak pernah menganggap pekerjaaan yang sering dilakukan oleh orang lelaki itu beban buat dirinya. Biarpun hanya mempunyai berat badan sekitar 40 kilogram sahaja, dia membuktikan saiz badan bukanlah haIangan untuk dia melakukan pekerjaan tersebut.

Ketika mereka menemu bual gadis tersebut, Syazwani sedang membantu bapa saudaranya mengambil upah menuai kelapa sawit di kebun milik penduduk tanah rancangan Felda berkenaan.

Syazwani membantu menyusun pelepah kelapa sawit dan membawa buah ke platform berhampiran jalan. Jika lokasi pokok dan platform itu dekat, dia akan menggunakan besi pengangkat buah kelapa sawit dan sekiranya jauh, dia akan menggunakan kereta toIak.

Menurut Syazwani, dia mula melakukan pekerjaan tersebut ketika berusia 15 tahun selepas keadaan pada ketika itu tidak mengizinkannya untuk menyambung pelajaran.

Disebabkan tidak mempunyai kelulusan tinggi dalam pelajaran, Syazwani tekad untuk melakukan kerja-kerja di kebun yang kebiasaannya dilakukan oleh orang lelaki.

Dengan upah yang diperolehnya sekitar RM400 sebulan, Syazwani berkata dia menggunakan duit itu untuk keperluan diri sendiri.

Menurut Syazwani, dia tidak mengambil sebarang vitamin tambahan untuk kesegaran tubuh badannya sebaliknya hanya makan apa sahaja yang dimasak oleh ibunya. Meskipun begitu, dia mampu mengangkat kelapa sawit yang dianggarkan seberat 25 kilogram. “Sakit-sakit badan selepas bekerja di ladang adalah normal dan kebiasaan saya meminta ibu mengurut badan supaya segar semula,” katanya.

Selain memunggah buah kelapa sawit, Syazwani juga mempelajari proses penuaian daripada bapa saudaranya. Kemahiran itu penting buatnya jika mahu bekerja di ladang.

Difahamkan, jika tidak ke kebun, Syazwani akan mengikut ayahnya, Khairul Mohd Senawi, 44, melakukan kerja-kerja pembinaan seperti membina dan membaiki rumah di sekitar kawasan berhampiran.

Syazwani pernah memanjat bumbung rumah untuk memasang dan membaiki atap rumah. Dia tidak berasa gayat kerana sudah biasa melakukan pekerjaan seperti itu.

Meskipun terlibat dengan pekerjaan berat dan kasar, Syazwani tidak kekok di dapur. Malah, gadis ini sebenarnya mahir menebar roti canai dan pernah membantu ibunya berniaga makanan di gerai yang berhampiran dengan rumah mereka.

Menurut ibu Syazwani, Mastura Masran, 40, anak kedua daripada sembilan beradik itu memang gemar melakukan kerja-kerja lasak. Jadi, dia tidak hairan sekiranya anak perempuannya itu mampu melakukan kerja yang sering dilakukan oleh orang lelaki kerana dia sendiri pernah membantu orang tuanya di kebun. “Kebiasaan anak gadis yang tinggal di tanah rancangan Felda akan membantu ibu bapa bekerja di ladang,” kata Mastura.

Sumber HM

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini