Demi Jaga Mak & Ayah OKU, Gadis Ini Sanggup ToIak Tawaran Kerja, Buat Bisnes Sendiri

Bukan satu perkara yang mudah untuk seorang gadis yang masih muda untuk membuat keputµsan untuk terus tinggal di kampung demi menjaga orang tuanya yang tidak begitu sihat.

Bergelar gadis kampung, mungkin awalnya agak kekok dengan melakukan kerja-kerja di sawah padi, memancing ikan dan berniaga kecil-kecilan. Tiada langsung rasa mau kerana itulah punca rezeki untuk dia dan mak ayahnya.

Dalam perkongsian video tikt0k, Ardida atau dikenali dengan nama gadis kampung telah mendapat perhatian apabila memaparkan dia sedang memancing ikan di kawasan sawah di Kampung Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah.

Menurut Noor Shahida Zolkifli, 24 tahun, dia tak pernah menyangka dirinya akan menjadi perhatian ramai, namun menganggap ia sebagai satu rezeki yang tak diduga.

“Sekarang musim memancing, sebab itu saya hasilkan video untuk tunjuk suasana kampung. Saya pun dah terbiasa sejak kecil walaupun tak minat sangat.

“Biasanya saya akan memancing dengan ayah dan jiran-jiran di kawasan sawah di belakang rumah. Biasanya akan dapat ikan puyu, sepat, lampam dan macam-macam lagi.

“Ramai orang luar yang komen video saya di TikTok. Ada juga anak perantau yang luah rasa rindu, mereka teringat kampung masing-masing bila tengok video saya,” ujarnya

Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, dia juga kini menghasilkan pekasam daripada ikan-ikan yang dipancing di belakang rumahnya.

Malah, ikan pekasam itu turut dijual atas permintaan ramai selepas dia berkongsi mengenai perkara itu menerusi media sosiaI miliknya.

Jaga Mak Ayah OKU

Kata Ardida, dia enggan berkelana jauh dari kampung memandangkan kedua ibu bapanya merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Kini, saya buka gerai burger depan rumah untuk berniaga malam-malam dengan ayah.

“Mak umur 56, ayah pula 52 tahun. Mereka berdua merupakan OKU pendengaran dan percakapan. Abang saya dah kahwin dan menetap di Kulim. Jadi saya pilih untuk berniaga sebab nak duduk rumah dengan mak ayah.

“Ada juga dapat tawaran kerja di mall, tapi saya toIak. Kalau berniaga, saya tak terikat dengan masa dan sentiasa boleh jaga mak ayah. Impian saya tentunya nak bawa mereka ke Makkah.

“Saya juga sedang berusaha nak belikan kereta untuk ayah, tapi impian belum tercapai lagi,” ujarnya.

Menurut Ardida, dia mula berniaga kasut dan pakaian sejak empat tahun lalu.

Ardida kemudiannya mula mengusahakan perniagaan bundle sejak setahun lalu, selain menjadi runner di sekitar kampungnya.

Dia juga turut membuka gerai burger di hadapan rumah untuk menambah lagi duit poketnya.

“Saya memang minat berniaga. Selain itu saya jadi runner, tolong orang tua beli barang di sekitar kampung ini. Saya hanya ambil caj penghantaran (COD) sebanyak RM3 ke RM5 saja.

“Sebelum ini saya selalu buat live berniaga di Instagram. Kini, saya buka gerai burger depan rumah untuk berniaga malam-malam dengan ayah,” jelas Ardida yang turut mengelarkan dirinya sebagai ‘Gadis Kampung’ menerusi TikTok.

Sumber mstar

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini