Demi Berjumpa Dengan Penyelamatnya, Seekor Penguin Sanggup Rentas Laut Beribu Batu

Seekor penguin dipercayai berenang beribu-ribu batu semata-mata untuk melawat orang yang telah menyelamatkannya di sebuah pantai di Brazil.

Menurut laporan, Joao Pereira de Souza menjumpai seekor penguin yang malang itu sedang bergelut semasa diselaputi minyak di pantai tersebut.

Kasihan melihat nasib penguin tersebut, dia pun mengambil tanggungjawab untuk merawat haiwan itu sehingga kembali sihat.

Keprihatinan yang ditunjukkan olehnya telah mencambah sebuah ikatan persahabatan yang berpanjangan.

Memetik daripada laporan, selama empat tahun yang lalu, penguin tersebut dikatakan telah mengembara sejauh 5,000 batu setiap tahun untuk kembali ke tempatnya.

“Saya menyayangi penguin tersebut seperti anak saya sendiri dan saya percaya penguin ini pun menyayangi saya,” kata de Souza.

“Dia akan mematuk sesiapa sahaja yang berani menyentuhnya. Penguin itu juga berbaring di atas ribaan saya, mengizinkan saya memandikannya dan membenarkan saya memberinya makan ikan sardin.”

Katanya lagi, haiwan tersebut seakan-akan seperti anjing peliharaan dan tidak membenarkan mana-mana haiwan lain mendekati de Souza.

Menurut CBS News, penguin tersebut adalah daripada spesis Magellan Amerika Selatan yang berhijrah, mengembara di antara tempatnya ke kawasan yang lebih jauh.

Berikutan situasi ini, ia adalah sesuatu yang bukan luar biasa untuk seekor penguin berenang ke pantai Brazil.

Situasi ini adalah mustahil bagi seekor penguin yang berenang beribu-ribu batu, hampir empat tahun, semata-mata untuk melawat orang yang menyelamatkannya.

Dindim atau JinJing, sepertimana de Souza menggelarkannya, akan tinggal di rumahnya selama lapan bulan setiap tahun, kira-kira dari bulan Jun sehingga bulan Februari.

Jelas ahli biologi, Joao Paulo Krajewski kepada The Independent, penguin tersebut mempercayai bahawa Joao merupakan sebahagian daripada keluarganya dan berkemungkinan menganggapnya seekor penguin juga.

“Apabila dia melihat Joao, dia akan mengibaskan ekornya seperti anjing dan mengeluarkan bunyi seperti hon.”

Sumber:SiakapKeli

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini