Comelnya Bella Berbaju Kurung, Anak Dr AmaIina Tarik Perhatian Warga Maya

Comelnya penampilan anak sulung pakar bed4h kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri. Bayi yang dinamakan Arabella Mia itu meraih perhatian warga maya selepas tampil memakai baju kebangsaan iaitu baju kurung.

Foto si kecil yang mesra dipanggil Bella dikongsikan Dr Amalina menerusi laman sosiaI Instagram. Kelihatan bayi kacukan Inggeris-Melayu itu dipangku ibu Dr Amalina iaitu Sabariah Hassan.

Lebih istimewa, baju kurung kain kapas itu difahamkan hasil tangan Sabariah untuk cucunya.

“BELLA MEMAKAI BAJU KURUNG BUATAN TOK MANYA,” TITIP DR AMALINA.

Warga maya teruja dengan perkongsian pakar perubatan kelahiran yang dibesarkan di Batu Pahat Johor itu dan memuji penampilan manis Bella. Ujar mereka:

-“Alahai comelnya.”

-“Sangat cute Bella.”

-“Wajah kacukan Bella. Comelnya, tahniah.”

-“Comel betul Arabella Mia ni.”

Tidak kurang juga yang memuji baju kurung moden Bella yang sangat menarik rekaanya.

– “Cantik, pandai Tok Ma reka, good job Tok Ma.”

– “Cantiknya baju, nampak sangat selesa dipakai.”

– “Alhamdulillah pandai Tok Ma jahit. Cantik sangat.”

“Bella sangat bertuah kerana mempunyai Tokma! Dia akan jadi super manja cucu Tokma.”

Dr Amalina, 35 yang sedang berkhidmat dan menyambung pelajaran di United Kingdom (UK) bersalin pada awal Oktober lalu di St Thomas’ Hospital, London.

Beliau yang mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Alexander Charles pada 31 Mac 2021 di London mula menjadi insipirasi wanita selepas meraih keputusan cemerlang 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2004.

Sumber IG @dramalinabakri

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini