“Cikgu B0leh T4k Nk Bungkvs Satu?”Kisah Perkongsian Dari Seorang Guru Ini Amat Menyentuh Hati

Satu lagi perkongsian seorang cikgu mengenai seorang kanak-kanak umur 12 tahun yang ditinggalkan ibu bapanya ketika masih kecil. Jom kuti perkongisan cikgu Fadli ini:

Anak ini nampak aku duduk di kedai Awe. Lantas dia berhenti, menghulur tangan dan bersalam.

“Nak makan?”

Dia angguk-anggukkan kepala.

“Orderlah,” balasku.

Dia order kuewtiaw goreng dan air milo ais. Air milo ais dia minta bungkus.

“Kenapa tak minum terus air Milo tu?”

“Nak minum kat rumah. Nanti kat rumah dahaga. Lagi pun boleh kongsi dengan kakak,” balasnya jujur.

Aku senyum sahaja. Betapa anak ini begitu ingat pada kakak seorang yang ada di rumah.

“Mek. Yang bungkus tu bungkus. Yang nak minum sekarang pun buat juga,” kata aku pada Mek sedikit menjerit

Sebentar kemudian, air sampai. Agaknya kelaparan, dia makan dulu Apollo yang dibawa dalam beg. Tidak lama kemudian, makanannya sampai. Dia makan dengan berselera sekali. Tengah makan, dia berhenti.

“Cikgu. Boleh tak tak saya nak minta bungkus satu?”

“Kenapa? Tak cukup makan kat sini?”

“Tak. Saya nak bawa balik untuk kakak,” perlαhan dia menjawab.

Mendengar jawapan itu, sebak serta merta menyerang dada. Aku anggukkan sahaja kepala sambil menahan sebak.

Ah anak. Kau lapar sendirian. Saat kau dapat makanan, kau tidak pernah lupa kakakmu.

Anak ini, Rabu lepas diperkenalkan kepada aku. Seorang anak tanpa dokumen diperkenalkan oleh cikgu tuisyen dia sahaja. Dia tuisyen belakang Ong Tai Kim. Yuran tuisyen ustaz tempat dia belajar mengaji yang bayarkan.

Katanya anak ini merupakan anak angkat. Dokumen dulunya ada, tapi tercicir di rumah kawan ayah kandung waktu usianya 6 tahun.

Sekarang usianya 12 tahun. Kakaknya 14 tahun. Dua-dua tidak bersekolah lagi. Alasan yang sama dia beri, dokumen tiada. Anak ini sopan dan baik sekali. Bersongkok dan raut wajah tenang. Kata cikgu tuisyen, dia sampai awal setiap kali ada tuisyen. Murid paling awal sampai, kata cikgunya.

Dia datang dengan basikal. Basikal yang ustaznya hadiah katanya. Sayang sungguh ustaz dia pada anak ini. Pasti anak ini bagus dan baik sekali.

Cikgu tuisyennya meminta pendapat aku bagaimana hendak sekolahkan semula anak ini. Kasihan katanya. Budak baik dan ada potensi, tapi tercicir. Namun tanpa apa-apa dokumen, ianya mustahil. Sangat mustahil.

Kena urus bab dokumen dahulu. Jika benar anak ini pernah ada Mykid dan dokumen, pasti tidak sukαr untuk dapatkan semula.

Tapi itu lah. Ayah kandung dan ibu kandung entah ke mana. Setahu aku, nak trace rekod budak ini paling kurang kena tahu ic mak dan ayah.

Dia tinggal bersama ayah angkat yang kini dibuang kerja. Ibu angkatnya kerja di kedai makan sahaja. Kedai kat mana, aku pun tak tahu. Nanti aku akan risik-risik dan mencari jalan untuk anak ini. Semoga ada harapan untuk dia kembali ke sekolah.

Selesai makan, dia minta diri untuk pergi. Sekali lagi dia mengucup tangan aku. Sayu betul aku lihat kejujuran anαk ini.

Terus aku panggil Awe dan Mek.

“Awe. Mek. Kalau budak ini datang, bagi je dia nak makan apa. Dia nak bungkus apa bagi semua. Jangan ambil duit. Tulis ja. Saya bayarkan.”

“Cikgu kata gitu dah tu. Nanti datang lagi kedai Mek ya,” kata Mek kat anak ini.

Dia mengangguk tanda faham. Baguslah. Sekurang-kurangnya ada insan baru yang bakal mendapat makanan percuma dari sini. Sebenarnya kat Kedai Awe ni, aku dah isyhtihar beberapa individu dan keluarga untuk datang dan makan percuma.

Individu dan mereka dari keluarga kurang senang. Yang penerima bantuan zakat bulanan. Anak-anak yatim. Yang tersepit tidur tepi longkαng. Bahkan tidak terkecuali yang kurαng siuman.

Orderlah apa saja. Datanglah untuk sesuap nasi. Selagi aku masih di sini, selagi aku masih berdiri, dan selagi Tuhan mengirimkan aku rezeki, mereka sesekali aku takkan benarkan kelaparan.

#MFS

Sumber:SajaGempak

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini