Cembµru Anak Manja Dengan Pengasµh – Wanita Ini Nekad Berhenti Kerja, Sanggup Berniaga Tepi Jalan

Cembµru adalah perasaan dan sifat semula jadi manusia. Tiada manusia normal yang tidak pernah merasai perasaan itu. Kalau diikutkan, cembµru adalah gabungan emosi marah, melµat dan benci.

Satu lagi, ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia, wanita atau lelaki.

Ketahuilah seandainya kita memiliki sifat cembµru yang berlebihan, ia tidak bagus dari aspek mental dan fizikal. Jika seorang wanita cembµru melihat anak-anak yang dikandungnya lebih rapat dan manja dengan pengasµhnya?

Disebabkan perasaan itu terus menguasai dirinya, wanita yang dikenali sebagai Puteri Azie nekad berhenti kerja dan menjaga sendiri anak-anak di hadapan mata.

Beliau sanggup melepaskan jawatan terakhir sebagai Pengurus Eksekutif di sebuah syarikat demi tiga cahaya mata lelakinya.

Wanita berusia 44 tahun itu nekad berbuat demikian selepas tr4gedi salah seorang anaknya tidak sihat.

Bukan itu sahaja, beliau secara jelas melihat anaknya sangat rapat dengan pembantu rumah.

Pada saat itu, Puteri Azie mula risau anak-anaknya tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya.

Selepas suami tercinta meningg4l dunia, beliau memulakan perniagaan nasi bungkus di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor ketika berusia 26 tahun.

Menurut anak jati Kelantan itu, urusannya untuk berniaga di tepi jalan sangat dipermudahkan Allah.

“Saya banyak dibantu peniaga di sekeliling dalam mendapatkan bantuan seperti meja, khemah dan generator,” kata wanita yang memiliki rupa paras jelita itu.

Walaupun terpaksa mengendong anak kecil ketika itu untuk berniaga, Puteri Azie bersyukur perniagaan kecilnya mendapat keuntungan hingga RM13,000 dalam bulan pertama dia berniaga.

Paling penting, beliau turut berasa bahagia dan gembira kerana hasrat untuk berada bersama anak-anak tercapai.

Itu semua cerita lama. Hasil usaha keras 18 tahun berniaga nasi kerabu, nasi lemak dan nasi berlauk, kini ketiga-tiga anak Puteri Azie sudah membesar dan berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

Anak pertama dan kedua melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan masing-masing di Jerman dan Universiti Teknologi Mara Malaysia.

Sementara anak ketiga masih belajar di tingkatan empat.

Meskipun kesemuanya sudah meningkat dewasa, Puteri Azie nampaknya tetap memilih untuk meneruskan jualan di tepi jalan kerana hal itu dapat membahagiakannya bersama keluarga.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya terinspirasi dengan ketabahan seorang ibu dalam membesarkan anak-anak hingga berjaya.

Ramai juga yang menitipkan doa agar dia dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.

Berikut petikan komen-komen warga maya:

“Alhamdulillah usaha yang terbaik… Cari rezeki yang halal dan diredai. Kehidupan harus diteruskan.”

“Alhamdulillah, terbaik naluri seorang ibu yang membesarkan anaknya.”

“Ibu yang hebat macam saya juga besarkan anak-anak sendiri…Semoga ALLAH memberi kesihatan dan rezeki yang meluah buat awak sekeluarga.”

“Seorang ibu muda yang kuat, dahlah cantik pandai pula memasak dan berniaga. Pakej sis!”

“Wanita kuat luar biasa, moga Allah berikan rezeki yang luas, kesihatan yang baik, umur yang bermanfaat dan dipermudahkan segala urusan.”

Sumber mstar

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Kongsikan Ya.. Terima kasih..

Jom sertai group Lecture What’s Today (CAHI), sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… insyaAllah bermanfaat di sana.. TQ
Mahu Sertai –> Klik Di Sini