(Video) Bukan Main Rancak, Gelagat Comel Bayi Bersembang Dengan Ayah Cµri Tumpuan Ramai

Ternyata kehadiran anak dalam kehidupan kita banyak memberi makna dan kebahagiaan kan? Waktu seorang, tak banyak yang kita fikirkan tapi bila dah ada anak seolah-olah ada tujuan untuk kita terus menjadi yang terbaik.

Bila dapat anak, merekalah yang menjadi penyeri kehidupan kita. Dengan gelagat manja serta telatah comel anak, dah tentu boleh buat kita hilang rasa stres. Anak lelaki dikatakan rapat dengan ibu waktu kecil tetapi akan jadi rakan baik ayah bila dah besar.

Kalau ayah rajin melayan, lagilah anak seronok! Sebuah video yang dikongsikan di Tikt0k zamzam96 ini mendapat perhatian apabila seorang ayah mengusik anaknya dan ajak bersembang.

Yang lucunya, si anak pun membalas seolah-olah mereka sedang bersembang biarpun berbeza bahasa.

Banyak manfaat untuk bayi sekiranya kita rajin bersembang dengan mereka. Antaranya seperti berikut:

1. Belajar perkataan baru.

Anak akan belajar bercakap dan banyak perkataan baru bila kita rajin bersembang dengan mereka. Dengan cara ini, ia dapat mer4ngsang anak untuk bercakap dengan lebih cepat.

2. Belajar sesuatu.

Sekiranya kita bersembang dengan anak ketika melakukan sesuatu, anak akan belajar perkara baru. Sebagai contoh, bercakap ketika memandikan mereka. Ajarkan tentang perkataan mandi, bersih, wangi dan sebagainya. Dari situ anak akan belajar, mandi untuk bersih dan sebagainya.

3. Emosi terangsang.

Anak yang selalu diajak bersembang akan belajar tentang perkembangan emosi. Mereka akan tahu intonasi ketika ibu ayah atau orang sekeliling sedang gembira, sedih, marah dan lain-lain.

4. Cepat faham.

Sekiranya kita mengulang tentang sesuatu perkara dengan anak, ia dapat membuat mereka belajar dan lebih mudah faham.

5. Mudah belajar bercakap.

Dengan bersembang dengan anak, sedikit-sebanyak ia membantu merangsang untuk anak mula bercakap.

@zamzamh96

Borak org lelaki…

♬ the psycho intro gone wrong ㅠㅠ – Arielle • Shadowbanned I think

Comel betul adik ni, bukan main seronok bersembang dengan ayah. Ketawa bukan main meriah lagi! Menerusi ruangan komen, ramai yang geram dengan kecomelan bayi tersebut:

@Kak as:pandai borak .. ayahnya gelak dia pun gelak… eee geram… comei nauuu 🥰

@user2201073400350:alaaa comeynya..muga jdi ank soleh hormat ibuayah sampai akhir hayat

@Imrank9x:Mana ada tido je ada minum susu jugak. Ya Allah Tak boleh wei. Serius comel

@ain:alooo comelnya dia .. semoga xlma lg husb saya pon dpt merasai moment mcm ni … doakn kmi dikurniakan zuriat pada tahun ke3 ni ..

@อาร์มานี่:Amboii kemain ye dia borakkk hahaha kantoi byk tido yeee babyyyy

@zyvox:Ala comelnyaaaa dia pandai borak. Tak sabar nak tunggu baby keluar nak buat macam ni jugak

@aisyahfadir:For the very first time, saya rasa tersentuh hati tengok baby…selalunya tak rasa apa apa pun..semoga saya dan suami dpt baby one day nanti..

Sumber PaMa

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini