Buat Tempahan Makanan Palsu, Peniaga Ini Kesal & Kecewa Dipermainkan D4n Tanggung Kerugian..

Pandemik C0VID-19 telah menguji kita dengan pelbagai cara. Malah, ada mereka yang dibuang kerja dan situasi ini telah mendesak mereka untuk menjalankan aktiviti perniagaan penjualan makanan untuk kelangsungan hidup.

Sebelum ini, kita sering kali terdengar akan kisah penghantar makanan sebagai contoh FoodPanda yang terkena prank atau usikan pelanggan mereka yang memesan makanan dan hantar terus ke rumah namun mereka enggan bayar makanan tersebut dan kerugian akan ditanggung oleh rider itu sendiri.

Situasi ini seperti ini berlaku kepada seorang pengguna Facebook, Noor Bazilla Mohamed yang baru-baru ini dit!pu dan terkena prank oleh seorang pelanggan lelaki yang sekadar mengusik serta sengaja bermain-main ketika memesan 4 bungkus nasi ayam, 2 bungkus nasi ayam penyet dan 6 cawan air Teh ‘O’.

Menerusi tngkap layar perbualan menerusi WhatsApp yang dik0ngsikan Bazilla kepada grup Facebook Komuniti Kuantan, pelanggan lelaki itu pada awalnya membuat pesanan makanan seperti biasa.

Apa yang menghairankan, lelaki tersebut seperti dikatakan Bazilla menetap di Damansara, namun lokasi untuk menghantar makanan adalah Semambu di Kuantan, Pahang. Ini pada awalnya sudah pun meragukan Bazilla tambahan pula ini kali pertama dia berdepan dengan pelanggan lelaki.

Perbualan tersebut dilanjutkan dengan usikan gurauan dengan bertanyakan status bujang “Single atau taken?” kepada Bazilla. Sangkaan beliau pelanggan tersebut hanya sekadar mengusik dan Bazilla tidak ambil kisah lantas terus sahaja melayani karenah pelanggannya itu.

Setelah kesemua makanan yang dipesan oleh pelanggan lelaki itu sudah Bazilla siapkan dengan ‘rushing’, apabila ditanya menerusi perbualan WhatsApp, lelaki itu hanya berdiamkan diri walaupun sudah beberapa kali ditelefon oleh Bazilla untuk menyuruhnya datang untuk mengambil makanan.

Berdasarkan tangkap layar tersebut, hampir 40 minit Bazilla menunggu maklum balas pesanan mesej daripada pelanggan lelakinya itu. Paling menyak!tkan, selepas lama menunggu, pelanggannya itu hanya mengucapkan terima kasih kepada Bazilla kerana sanggup menunggu ketibaannya dan pesanan makanan yang dibuat hanya sekadar hiburan jenaka baginya dan prank semata-mata.

“Terima kasih kerana sudi membazirkan masa,” ujar lelaki itu sambil menyertakan em0ji ketawa.

Apabila Bazilla bertanya kepada pelanggannya sama ada jadi memesan makanan atau tidak? Lelaki tersebut hanya membalas dengan mesej “Saja nak main-main”. Ini menambahkan lagi rasa terkilan Bazilla dan dia tidak akan menerima pesanan makanan daripada lelaki itu lagi.

Berdasarkan luahan Bazilla tersebut, isu prank tempahan makanan ini bukanlah kali pertama terjadi kepadanya namun kali ini jumlah tempahan yang diterima agak besar dan ini sekaligus menyebabkan kerugian yang banyak kepada perniagaan makanannya.

Dia juga menasihatkan kepada peniaga-peniaga makanan yang lain yang menerima tempahan makanan dengan cara ini supaya berhati-hati dan kalau boleh, minta wang pendahuluan dahulu daripada pelanggan sebelum menghantar makanan tersebut. – Sumber dipetik dari The v0cket, Facebook, Noor Bazilla Mohamed

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini