‘Bila Kita Diuj̷i, Ingatlah Allah Say̷ang Kita’ – Ustaz Ebit Lew

Begitulah perk0ngsian pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang sememangnya memberikan pedoman buat kita semua.

Ustaz Ebit Lew yang sering memberi pesanan mengingatkan kita agar sentiasa mengingati Yang Maha Esa walaupun pelbagai ujian meIanda.

Malah Ustaz Ebit Lew juga berk0ngsi pelbagai kisah yang boleh menjadi pedoman buat semua.

“Teringat dulu pernah pujuk seorang adik berumur 14 tahun bawah jambatan pegang baby dah 2 bulan.

“Abang, saya kecewa dengan hidup saya. Adik tadi ceritakan betapa kecewa dan put0s asa dengan Allah. Tak tahu solat. Rasa ahli nraka.

“Saya ulang kali cakap Allah sayang padanya. Ulang kali. Adik tadi menangis. Betul ke dia sayang saya? Adik tadi nak belajar solat.

“Syukur mula solat dan hidupnya jadi sangat baik. Dia dahaga kasih sayang Allah. Dia ingat dia dah tiada jalan untuk balik. Itulah kasih sayang Allah.

“Saya pernah dakwah di lorong-lorong. Dulu masa 9 tahun mula lari dari rumah jadi peIac0r di lorong. Saya kata Allah sayang padanya.

“Dia berubah dan kini berumur 28 tahun dah balik rumah jumpa mak ayah menangis. Mereka dahagakan kasih sayang Allah.

Berilah Masa Mengajak Manusia Pada Kasih Sayang Allah

“Baru ni bawa ramai anak muda yang nak bun0h diri kecewa dengan hidup. Bersama tiga hari di jalan Allah. Tiba-tiba berubah dan terus bersemangat dalam hidup.

“Selama ini ingat tiada siapa peduli dan semua orang tinggalkannya. Rupanya dia baru tersedar dia ada Allah yang sayang padanya. Cuma kita tak kenal kasih sayangnya.

“Berilah masa untuk kenal Allah. Berilah masa mengajak manusia pada kasih sayang Allah.

Cinta Allah Tak Bersyarat

“Cinta Allah tak bersyarat. Dia mencintai hambanya. Dia menanti kita semua. Jangan buat sesiapapun berputus asa dari rahmatnya.

“Cinta yang sejati. Cinta sebenarnya. Cinta Allah pada kita semua.

“Saat kita diuji. Belajarlah menerima cinta Allah. Demi cintaMu padaku. Terima kasih kerana memilihku untuk diuji olehMu.

“Aku cinta gembira reda dengan segala ujianMu. Terima kasih ya Allah atas segala ujian ini. Jika ada pahala untuk semua ini saya hadiahkan buat mak ayah saya,” tulis Ustaz Ebit Lew.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber dipetik dari Awani, Facebook Ustaz Ebit Lew

Kredit: Mytv Viral