Bila Cinta Lahir Dari Hati Yang IkhIas, MahaInya Kasih Sayang & Peng0rbanan Edika Yusof Buat Isterinya

Mahalnya kasih sayang dan pengorbanan sang suami buat isteri tercinta dalam melayari rumah tangga sehingga ke akhir hayat. Ya, itulah yang boleh diungkapkan buat seorang pelakon senior ini yang setia menjaga dan menemani suri hatinya.

Edika Yusof, seorang figura versatil dan juga model ketika usia mudanya. Gaya dan wajahnya yang bagaikan tidak dimamah usia walau usianya kini sudah menginjak 55 tahun, namanya kini semakin menjadi sebutan dan rebutan pengarah drama bagi mewarnai naskhah mereka di layar skrin.

Selain bercerita mengenai kerjayanya sebagai anak seni, pasti ramai juga yang sedia maklum mengenai kisah pengorbanan pelakon ini yang setia menjaga isteri tercintanya yang juga usahawan, Nor Hidayah Yusri yang lumpuh separuh badan gara-gara j4ngkitan meningitis selepas melahirkan anak kedua mereka.

Sudah tentunya bukan mudah sebagai seorang suami dan juga bapa dalam membesarkan anak-anak pada sama menjaga isteri yang sentiasa memerlukan disampingnya. Sememangnya bukan mudah untujk menjadi lelaki setabah figura ini.

Terbaharu, perkongsian video memperlihatkan pelakon filem popular Maria Mariana bersama isteri dan anak-anaknya yang dimuat naik di akaun TikT0k telah mencυri perhatian warganet.

Menerusi kapsyen di hantaran tersebut, dia menyatakan seseorang itu perlu belajar menerima takdir Allah dan ikhlas dengan apa yang telah terjadi.

“Kekuatan yang sebenar adalah apabila kita belajar menerima takdir Allah dan mengikhlaskan yang telah terjadi,” tulisnya ringkas.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna memuji Edika yang tetap setia menjaga wanita tercintanya itu dengan penuh kasih sayang. Malah, ada segelintirnya juga mengatakan Hidayah sangat bertuah mempunyai seorang suami seperti pelakon kacak itu.

“Lelaki hensem selalu setia macam aku. Kenapa aku pilih setia? Sebab aku betul-betul rasa betapa besarnya pengorbanan isteri aku semasa melahirkan semua anak-anak aku. Aku yang tolong sambut anak-anak aku sndiri. Mahu menyebut kahwin lain sebagai gurauan pun aku tak sanggup walaupun dengan kawan,” komen seorang pengguna

“Sangat salute dengan Edika Yusof dan bertuahnya isteri awak… semoga kalian terus bahagia hingga ke jannah… contoh cinta unconditionally,” komen pengguna lain.

Sekadar info, Edika Yusof (Mohd Yusof Abd Majid, Lahir 22 April 1967) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.

Beliau mencipta nama sebagai pelakon dan model iklan yang popular di era 90an. Meskipun kerap membawa watak anak orang kaya, bongkak tetapi sebenarnya beliau berasal dari keluarga biasa.

Sumber HM

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini