“Bertemu Buku Dengan Ruas”- Perompak Tersalah Rompak Anggota Polis Yng Sedang Cabut Gigi Di Klinik.. Buat Natizen Puas Hati…

SAKIT gigi memang susah untuk dibawa bincang.

Masakan tidak, semua kerja tidak boleh dibuat.

Betullah orang kata, jangan dikacau orang yang sedang sakit gigi. Kalau tak, tahu-tahulah sendiri…

Baru-baru ini, tular sebuah video mengenai cubaan dua perompak mahu merompak sebuah klinik gigi di Brazil yang tidak kesampaian.

Berdasarkan sebuah video pendek yang dimuat naik oleh @My_CrimeWatch menyaksikan, pesakit lelaki yang sedang mendapatkan rawatan gigi tergendala apabila perompak tadi mengugut mangsa menggunakan sebilah pisau.

Sebenarnya pesakit berkenaan ialah seorang pegawai polis
samun klinik gigi

Video tersebut yang diambil menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memperlihatkan polis berkenaan dengan tenang duduk di kerusi dan mengikut sahaja arahan perompak tersebut untuk menyiarap di lantai.

Tanpa disedari sesiapa, dengan pantas polis itu mengeluarkan pistol yang terdapat di pinggangnya sebelum bergelut dengan seorang perompak yang cuba untuk merampas senjata yang dipegang.

Beliau akhirnya berjaya menumpaskan seorang perompak, manakala seorang suspek lagi cuba melarikan diri.

Namun, tindakan pantasnya berjaya menjatuhkan suspek kedua, sementara menunggu pasukan polis sampai.

Memang mencemaskan apabila perompak tersebut memegang pisau tajam. Kecut perut kita dibuatnya melihat babak menakutkan itu.

Video Klik Disini

Nasib baiklah tiada kemalangan jiwa berlaku.

Rata-rata netizen yang menonton video pendek berdurasi satu minit 15 saat tersebut turut berkongsi peringatan ‘jangan dikacau orang yang sedang sakit gigi.’

Frontliner susah nak dapat cuti, kan dah mendapat!

Belajar cara abang polis itu kawal situasi.

Aduhai, komen-komen lucu netizen memang tidak mengecewakan.

Pun begitu, apapun juga keadaan yang berlaku, kita sebagai orang awam jangan ambil tindakan sendiri ya sebab situasi tersebut cukup bahaya.

Harap-harap abang polis itu dapat sambung rawatan gigi yang tergendala.

Tidak kurang juga netizen berkongsi komentar lucu mengenai keberanian abang polis itu diberi ganjaran rawatan percuma di klinik tersebut seumur hidupnya.

Apapun, SinarPlus salute dengan keberanian abang polis tersebut.

Walaupun dalam sakit gigi, gigih melawan penjahat depan mata. #kitajagakita #kitalaluibersama

Sumber : SinarPlus

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini