Bersih tak semestinya bebas n4jis, tapi bebas n4jis semestinya bersih – Jangan Ambil Ringan, Libatkan Sah Solat

Soal n4jis tidak boleh diambil ringan lebih-lebih lagi apabila melibatkan najis kanak-kanak. Ada kalanya segelintir ibu bapa sekadar mengelap air kɛncing dengan kain kering namun tidak dipastikan sama ada lantai itu benar-benar bersih atau tidak.

Menurut perkongsian Zuraila Mohd Noor, bab n4jis tidak boleh diambil ringan kerana ia melibatkan sah atau tidak solat kita. Malah ulasnya, pesan ustazah, jikq kita menumpang solat di rumah orang yang ramai anak kecil, minta alas kaki kerana dikhuatiri di lantai ada n4jis.

Cara yang betul nak bersihkan air kɛncing anak di lantai ialah:

1. Lap air kɛncing dengan tisu atau kain kering.

Bila anak kɛncing atas lantai ia dipanggil najis ainiyyah sebab boleh nampak dengan menggunakan mata kasar. Kita nampak fizikal n4jis itu.

Ambil tisu atau kain kering dan lap air kɛncing anak sehingga kering. Selagi tak kering selagi itu lap. Kalau guna tisu buang sebab n4jis. Kalau guna kain kena basuh dengan air sebab kain telah bern4jis. Untuk kain ni kena basuh dengan cara yang betul untuk menyucikan n4jis juga. Paling senang pergi bilik air dan buka paip dan bersihkan kain. Air datang kepada n4jis.

2. Bila dah lap kering semua datangkan air dan jirus tempat air kɛncing anak tadi.

Bila air kɛncing dah kering ia jadi n4jis hukmiyyah. N4jis hukmiyyah ialah n4jis yang tak boleh dilihat dengan mata kasar dan hilang bau. N4jis hukmiyyah tetap najis jadi nak bersihkan kita kena datangkan air untuk membersihkan. Air kena bertakung atau bahasa senang kita nampak fizikal air. Tak boleh lap dengan kain atau tisu basah.

3. Boleh saja nak biarkan air kering sendiri sebab dah suci atau boleh ambil kain lapkan untuk mengelakkan bahaya sebab lantai licin. Selesai.

Cara salah yang ramai orang kita selalu buat ialah:

1. Anak kɛncing terus ambil mop basah pergi lap.

2. Anak kɛncing terus jirus air ke atas n4jis. Melainkan kalau rumah papan tinggi dan kita boleh nampak air tu jatµh ke bawah rumah.

3. Anak kɛncing lap dengan kain kering tapi tak basuh dengan air.

4. Anak kɛncing lap dengan kain kering tapi kemudian lap dengan kain atau tisu basah.

5. Anak kɛncing lap dengan kain kering tapi kain tak dibersihkan dengan cara yang betul untuk menghilangkan n4jis. Kemudian guna balik untuk lap lantai.

Bila cara salah lantai rumah tetap bern4jis. Bahkan najis merebak ke kawasan rumah yang lain. Cuci seratus kali pun tetap bern4jis. Walaupun pada mata kasar kita lantai nampak bersih. Bila ambil wuduk terpijak atas lantai kemudian pergi solat maka solat tak sah sebab menanggµng n4jis.

Bab n4jis tak boleh ambil ringan sebab dia melibatkan sah atau tidak solat kita. Sehinggakan saya pernah dengar ada ustaz pesan,

1. Kalau kita tumpang solat rumah orang yang ramai anak kecil kita minta alas kaki kerana dikhuatiri di lantai ada n4jis.

2. Sesekali basuh lantai rumah kita sebab bimbang ada n4jis anak menitik. Lebih lagi kalau anak ramai.

Yang ni bukan kewajipan ya cuma saranan nak menunjukkan pentingnya jaga bab n4jis.

Saja menulis sebab malam tadi malam buta bersihkan air kencing Adam menitik di lantai dan banyak kali nampak depan mata orang cuci n4jis dengan cara yang salah.

Bersih tak semestinya bebas n4jis.

Tapi bebas n4jis semestinya bersih.

Wallahu a’lam.

Sumber Zuraila Mohd Noor

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini