Berniaga Air BaIang Sejak Usia 17 Tahun, Lelaki Ini Bangga Kini Ada Ratusan Ejen

Lelaki bernama Aliff Afmil ini boleh dikatakan amat suka berniaga dan Air Mat Balang adalah salah satu perusahaan yang dijalankan dengan fokus tersendiri. Sejak berusia 17 tahun, beliau telah mula berniaga minuman dan kini beliau bersyukur kerana mempunyai ratusan ejen di seluruh tanah air untuk berkongsi rezeki melalui jenama Air Mat Balang.

“saya mengusahakan bisnes minuman sejak zaman sekolah lagi hasil didikan ibu bapa saya yang juga usahawan minuman. Saya berpendapat, perniagaan minuman mampu pergi lebih jauh apabila kita mampu menghasilkan produk minuman baru dengan strategi perniagaan masa kini,” kata aliff afmil memulakan bicara.

Pada hari ini Air Mat Balang mempunya lima perisa iaitu Milo, Strawberi, Jagung, Keladi dan Honey Dew Selasih. Pada masa akan datang, Aliff bercita-cita menambah variasi minumannya dengan perisa baru.

“Kopi mempunyai peminatnya yang tersendiri. Melalui produk yang kini telah dibotolkan, saya ingin menambah variasi produk dengan perisa kopi dan nescafe. Saya percaya peminat kopi pasti akan menyukainya,” kata aliff.

PENCARIAN EJEN 2023

Air Mat Balang mulai menemui pelanggan pada 24 Julai 2022. Sebelum tahun 2022, Aliff mengusahakan air balang secara cedok di jalanan. Pada tarikh yang dinyatakan di atas, Air Mat Balang mula dibotolkan dan dijual secara eksklusif melalui ejen-ejen yang dilantik.

“Setakat lima bulan lebih, seramai 100 ejen seluruh malaysia kecuali sabah dan sarawak. Saya ingin mencari lebih ramai ejen untuk berkongsi rezeki dan menambah pendapatan bagi mereka yang ingin bersama-sama sebagai keluarga besar air mat balang,” katanya lagi yang merancang untuk menambah ejen sekurang-kurangnya tiga kali ganda daripada jumlah yang ada sekarang.

Syarat untuk menjadi ejen juga amat mudah iaitu bermodalkan RM250 sahaja. Dengan bayaran ini, ejen akan dapat lima perisa air dan setiap perisa adalah sebanyak 10 botol.

“Benefit menjadi ejen air mat balang adalah anda berpeluang menambah pendapatan lumayan. malah anda dapat belajar cara buat air balang dan belajar selok-belok bisnes air balang. selepas ada ilmu, boleh buka kedai sendiri,” ujarnya yang tidak kedekut berkongsi ilmu berniaga air balang di jalanan.

Menurut Aliff, beliau juga dalam perancangan untuk mengeluarkan pati setiap jenis perisa air yang ada untuk peniaga bancuh sendiri dan jual di jalanan. Pati ini memudahkan peniaga kerana hanya perlu bancuh dan rasanya tetap sedap.

Ditanya apakah rahsianya Air Mat Balang cepat berkembang walau masih baru dalam perniagaan sistem ejen, Aliff memberikan empat rahsia yang diamalkan.

1) Sentiasa menjaga kualiti produk minuman.

2) Menggunakan cara yang lebih efektif lagi dalam pemprosesan air.

3) Menjaga hubungan baik dengan seluruh ejen.

4) Menetapkan harga standard produk minuman yang dijual kepada pelanggan.

Bagi anda yang ingin menyertai Air Mat Balang, boleh klik link facebook ini.

https://www.facebook.com/aliff.afmil

HQ Air Mat Balang bersekali dengan satu lagi perniagaan Aliff iaitu Aliff Bundle.

HQ Air Mat Balang.

Lot 21362 Kg Kelewek,
Jalan Jedok,
Tanah Merah, Kelantan

Sumber GD

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini