BergeIar Bandµan Tidak MenghaIang Mereka Mengejar Cita-Cita, 3 Bandµan Ini Bergelar Graduan Di SebaIik Tirai Besi

Ramai yang berfikir bahawa status bandµan adalah satu pengakhiran dalam kehidupan tetapi tidak bagi tiga individu ini.

Mereka membuktikan, bergelar bandµan yang sedang menjalani hukµman penj4ra tidak menghaIang untuk mengejar cita-cita dalam pelajaran.

Bagi mereka, status bandµan ibarat satu pemangkin semangat untuk menyambung pelajaran dan kini bergelar seorang graduan.

Ketiga-tiga banduan berbangsa Melayu, Cina dan India itu merupakan sebahagian daripada antara graduan yang diraikan dalam Majlis Konvokesyen ke 26, Open University Malaysia (OUM) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Ahad.

HADIAH UNTUK AYAH.

Berusia 35 tahun, Saravanan (bukan nama sebenar) mula mengambil Ijazah Sarjana Muda Perniagaan pada 2015 selepas dimaklumkan oleh petugas di penj4ra.

“Mereka maklumkan yang saya sudah mempunyai Diploma Perakaunan dan beritahu supaya lanjutkan pelajaran.

“Jadi saya maklumkan kepada keluarga untuk sambung belajar dan mereka beri sokongan yang penuh,” katanya.

Menurut Saravanan yang kehiIangan bapanya pada tahun lalu, dia menghadiahkan kejayaannya khas untuk mendiang selain mahu membuktikan kepada keluarga kemampuan dirinya.

Jelasnya, peluang yang ada untuk belajar adalah satu peluang untuk mengubah dirinya menjadi lebih baik.

“Saya akui, sebelum ini saya sudah tersilap langkah dan pelajaran adalah sesuatu yang membuktikan bahawa saya benar-benar berubah,” katanya.

Tambahnya, dia juga kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana dan bercita-cita mahu melanjutkan pelajaran ke tahap kedoktoran.

KEJAYAAN SAYA UNTUK MASYARAKAT.

Berusia 46 tahun, tapi masih gigih belajar hingga berjaya mengenggam segulung diploma dalam bidang pengurusan perniagaan.

Kejayaan itu dibuktikan Kok Siew (bukan nama sebenar), yang mengakui bahawa dia satu ketika dahulu memang tidak mahu belajar langsung.

“Masa saya tingkatan satu, saya berhenti sekolah. Saya akui siIap memilih kawan dan bila di penj4ra, ada peluang untuk saya belajar.

“Itu yang saya ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kemudian sambung pelajaran ke peringkat Diploma,” katanya yang juga berhajat untuk menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Jelasnya, apa yang ingin dibuktikan menerusi pencapaiannya dalam pelajaran adalah untuk memberi impak yang positif kepada masyarakat.

“Saya bukan nak tunjuk kepada keluarga, tetapi kepada masyarakat. Menerusi pelajaran saya mahu ubah stigma masyarakat terhadap bandµan.

“Lagipun, saya juga berhasrat untuk menjalankan perniagaan dan membantu rakan-rakan banduan yang lain mempunyai kerja dan sebagainya,” katanya.

OUM BERI PELUANG KEDUA.

Seorang lagi banduan, Ivan, 34, yang memperoleh Diploma Pengurusan Perniagaan juga mengakui pelajaran adalah satu peluang kedua untuk mereka.

“Kalau tiada ruang dan peluang yang diberikan untuk OUM, saya ibarat tiada peluang kedua untuk membuktikan kemampuan diri.

“Jadi bila saya dah berjaya mencapai diploma ini, memang rasa puas sebab dapat buktikan sesuatu untuk keluarga walaupun sedang dihukµm,” katanya.

Dalam pada itu, Ivan akui belajar di penj4ra memang jauh berbeza dengan di luar kerana mereka perlu mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Jelasnya, dia dapat membiasakan perkara itu dengan mudah kerana mendapat sokongan kuat daripada keluarga.

“Sebenarnya, sesiapa sahaja yang melakukan kesilapan perlu diberikan peluang kedua. Peluang itu yang sepatutnya digunakan sebaik-baiknya.

“Menerusi pelajaran juga, banduan lain yang mahu menyambung pelajaran boleh mengatur langkah pertama mereka terutamanya selepas dibebaskan,” katanya.

Sumber Majoriti

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini