Bekas Suami Rindu Air Tangan, Wanita Sanggup Masak Tunaikan Permintaan EX Suami

Penceraian bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima dan dilalui, namun ianya bukan penamat segalanya kerana Tuhan yang menentukan jalan hidup seseorang.

Biarpun telah berpisah, ramai yang masih berkawan dengan bekas pasangan mereka. Begitulah seperti yang dilalui oleh wanita ini.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok wanita itu berkongsi kisah yang mana dia masih berkawan dengan bekas suaminya.

Difahamkan lagi, pada suatu hari bekas suaminya itu menghantar mesej teringin makan mee goreng air tangan wanita yang dikenali sebagai Dayah tersebut.

Vide0:

@dayahesw

bile ex husband rindu masakan ex wife be likeðŸĪŠ #fyp

♮ original sound – azizrinaldi – azizrinaldi

Bekas suami text, minta tolong masak

Malah apa yang lebih mengharukan adalah apabila dia juga sanggup membeli bahan-bahan sebagai persediaan untuk memasak mee goreng tersebut.

Rindu makan bersama anak2

Tanpa berfikir panjang, ibu kepada 2 anak itu pun menunaikan permintaan bekas suaminya yang pada masa sama ingin makan bersama anak-anak mereka.

Di akhir video, kelihatan si bekas suami sedang makan mee goreng tersebut sambil melihat anak-anak mereka bermain kolam di hadapan rumah.

Meninjau ke ruangan komen, tindakan wanita itu meraih pujian netizen kerana masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya demi anak-anak mereka.

Mungkin jodoh tak panjang tapi dia tetap ingat

Untung walau dah berpisah masih boleh jumpa

Kongsi pengalaman sama

Air tangan seorang isteri akan diingati sampai bila2

Tak semestinya dah berpisah kena bermusuh

Jodoh berkawan panjang, semoga terus berbaik demi anak

Difahamkan lagi, mereka berdua mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 namun ditakdirkan berpisah tahun lalu. Kini, masing-masing telah membawa haluan berbeza dan hidup bahagia.

Sumber: TikTok dayahesw

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini