Bayar̷an i-Citra RM1,000 Mula Dikreditk̷an November Ini, Jom Sem̷ak T̷arikh Bayar̷an & Status Permohon̷an

Untuk makluman, bayaran i-Citra bagi bulan keempat iaitu November 2021 bakal dilaksanakan pada awal bulan ini.

Pengeluaran pembayaran sehingga RM5,000 juga telah bermula pada bulan Ogos lalu dan akan dibayar setiap bulan sehingga tempoh lima bulan mengikut permoh0nan masing-masing.

Tarikh Pembayaran i-Citra November

Pembayaran bulan November 2021 akan diawalkan iaitu pada 1 November 2021. Dan setiap permoh0nan yang lulus akan dibayar secara berperingkat mengikut kumpulan masing-masing.

Berikut merupakan tarikh rasmi pembayaran/pengeluaran i-Citra:

Ogos – 2 Ogos 2021
September – 1 September 2021
Oktober – 1 Oktober 2021
November – 1 ATAU 2 November 2021
Disember – Akan dikemaskini

Terdahulu, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa pembayaran amaun hanya akan dibuat pada hari bekerja sahaja.

Selain itu, KWSP juga memaklumkan bahawa sekiranya pembayaran i-Citra pemoh0n dibuat pada 1 Oktober maka, bayaran untuk bulan November akan diterima/bermula pada 1 November.

Dan, tempoh bayaran akan diterima maksimum dalam masa dua minggu.

Cara Semak i-Citra Online

Berikut merupakan langkah membuat semakan kemasukan pembayaran dan status i-Citra ahli KWSP:

Semak di https://icitra.kwsp.gov.my/check-status
Masukkan MyKad dan Kata Laluan anda.
Dan masukkan Nombor Telefon Bimbit anda.
Tanda Saya Bukan Robot.
Status penyata anda akan dipaparkan.

Untuk makluman juga, anda masih boleh memohon i-citra ini jika anda ingin membuat pengeluaran KWSP sebanyak RM5,000.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber diambil dari Xtra, KWSP Via Mytv Viral