“Bay̷ar Sekitar 5Ok Hingg̷a 1OOk Setiap Kali Guna Helik0pter Itu” Ada Yang Tak Senang Tengok Jutaw̷an Hartan̷ah Guna Helik0pter

Dari seorang pengutip sampah dan kini menjadi seorang jutawan sama sekali tidak membuatkan usahawan berjaya Muhammad Azlan Al-Amin untuk melupakan siapa dirinya sebelum ini.

Peneraju syarikat Azlan Al Amin Properties Sdn Bhd ini pulang ke kampung halamannya dengan memberikan kejutan buat penduduk kampung apabila mengajak mereka untuk merasai sendiri pengalaman menaiki helikopter miliknya.

Parkir depan rumah ayah

Dalam perkongsian yang dibuat di Facebook, Azlan telah memarkir helikopter di hadapan rumah bapanya di Terengganu.

Ada Yang Tak Senang Tengok Jutawan Hartanah Guna Helikopter

” Saya bayar sekitar RM5O,OOO sehingga lebih RM1OO,OOO setiap kali menggunakan perkhidmatan helikopter berkenaan,”

Itu kata-kata jutawan hartanah Mohamad Azlan Abdullah @ Ali atau lebih dikenali sebagai Mohamad Azlan Al Amin.

Menurut Azlan, 34, dari Kampung Tok Raja, Jertih, dia tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai helikopter yang digunakan selama ini termasuk mengakui helikopter berkenaan miliknya.

” Semuanya persepsi masyarakat yang beranggapan helikopter itu kepunyaan saya. Maklumlah mereka biasa lihat helikopter itu diparkir di hadapan rumah.

” Malah, pernah sampai berhari-hari helikopter itu tersadai di hadapan rumah sekali gus memberi tanggapan bahawa helikopter itu kepunyaan saya.

” Sebenarnya saya tiada apa-apa masalah mengenai tanggapan orang ramai mengenainya cuma apabila ada pihak tertentu sengaja mencipta sensasi berbau ftnah, saya perlu memberi penjelasan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.

Katanya, dia menggunakan perkhidmatan helikopter itu untuk tujuan perniagaan hartanah yang dijalankan dan menjadi keperluan wajar kerana segala urusan perlu dijalankan dengan cepat dan lancar.

” Saya perlu menggunakan perkhidmatan helikopter sewa itu untuk meninjau tanah-tanah yang dibeli dan bakal dimajukan.

” Kadangkala dalam masa sehari, saya perlu berada di beberapa negeri atas urusan perniagaan. Oleh itu penggunaan perkhidmatan helikopter memang diperlukan bagi mempercepatkan pergerakan.

” Paling rendah caj sewa satu jam ialah sekitar RM8,000 dan biasanya paling kurang saya akan sewa selama lapan hingga 10 jam untuk urusan perniagaan hartanah yang dijalankan,” katanya.

Menurutnya, dia pernah ditawarkan untuk membeli helikopter pada harga RM10 juta, tetapi tidak digalakkan membeli helikopter untuk keperluan peribadi atas nasihat pihak yang berkepakaran.

” Walaupun kos sewaan helikopter agak tinggi, tetapi kos penyelenggaraan juga lebih tinggi beberapa kali ganda jika memilikinya dan ia langsung tidak menguntungkan saya.

” Ini kerana penggunaan helikopter itu bukan pada setiap hari.

” Maka saya rasa tiada keperluan untuk membeli helikopter buat masa sekarang walaupun mempunyai kemampuan jika mahu,” katanya yang pernah bekerja sebagai pengutip sampah sebelum berjaya dalam hidup.

Katanya, dia juga tidak menolak kemungkinan akan memajak sebuah helikopter dan pesawat persendirian untuk bagi urusan perniagaannya di seluruh negara.

Bercerita mengenai tuduhan berbau f1tnah yang dilemparkan ke atasnya di media sosial, katanya, dia memandang serius perkara itu dan sudah melantik peguam untuk tndakan undng-undng.

” Memang tidak dinafikan ada segelintir individu tertentu yang dikenali menimbulkan persepsi burvk dan berunsur ftnah sejak kejayaan saya tular di media sosial.

” Oleh itu, bagi menjaga nama baik dan kredibiliti, saya melantik beberapa peguam untuk mengambil tindakan perundangan atau sam4n maIu terhadap pihak berkenaan.

” Tindakan sman itu sebagai pengajaran kepada pihak berkenaan supaya jangan sesuka hati mencipta sensasi negat1f di media sosial,” katanya.

Azlan yang kini menguruskan perniagaan hartanah bernilai jutaan ringgit berharap segala perkongsian mengenai kejayaannya dalam bidang hartanah menjadi contoh kepada orang ramai untuk berjaya.

” Masyarakat perlu membuka fikiran untuk melihat kejayaan yang ditonjolkan itu pada sudut positif dan tidak mencari titik kelemahan yang tidak menguntungkan,” katanya.

Sebelum ini, tular dkwaan ntizen mengenai Azlan yang disifatkan cuba memanipulasi masyarakat mengenai pemilikan helikopter yang digunakan.

Selesa berkain pelekat dan berbaju t-shirt

Terdahulu, kisah kejayaan anak muda ‘Jutawan Pengutip Sampah’ berusia 34 tahun dari Kampung Tok Raja, Besut yang bangkit daripada keluarga miskin tegar berubah kepada seorang jutawan hartanah yang disegani menjadi bualan masyarakat.

Klip videonya yang menaiki helikopter dan mengambil bapanya di rumah untuk bersarapan di kedai kopi di Kuala Besut telah meraih 1.6 juta tontonan di Facebook.

Hakikatnya, masyarakat hanya lihat sisi mewahnya di media sosial namun terlepas pandang akan sisi sederhana Mohamad Azlan Abdullah @ Ali atau lebih dikenali sebagai Mohamad Azlan Al Amin yang tidak kekok menjalani kehidupan biasa selain menguruskan ternakan lembunya biarpun kini memiliki aset puluhan jutaan ringgit.

Tanpa berselindung Mohamad Azlan mengakui lebih selesa menjalani kehidupan di kampung sambil menguruskan ternakan lembu.

” Orang kenali saya dengan penampilan korporat dan menaiki helikopter di media sosial, tetapi hakikat sebenar hanya orang kampung yang bergelumang dengan lumpur dan najis lembu.

” Berkain pelekat dan berbaju t-shirt putih ialah pakaian kegemaran saya pada setiap masa. Jika boleh ketika hadir ke mesyuarat juga ingin pakaian seperti itu.

” Kita bekerja dengan masyarakat dan perlu ikut peraturan dan kesesuaian masa dan tempat,” katanya.

Katanya, beliau tidak pernah menyangka videonya menaiki helikopter dan pulang ke rumah mengambil ayahnya, Abdullah @ Ali Ahmad, 74, untuk ke kedai kopi menjadi tular.

” Saya menjalankan perniagaan hartanah dan kaedan pengangkutan udara iaitu helikopter diperlukan untuk meninjau tanah daripada pandangan udara.

” Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk cuma helikopter itu satu keperluan dalam kerjaya saya. Apabila tindakan saya pulang ke rumah dengan helikopter, ia sesuatu yang pelik kerana situasi seperti itu jarang berlaku.

” Bagaimanapun, bagus juga tular kerana ia secara tidak langsung memberi motivasi kepada anak-anak muda untuk bangkit berjaya seperti saya,” katanya.

Tambahnya, dia tidak memiliki kemewahan seperti yang disangka ramai dan lebih selesa hidup sederhana.

Pernah Bawa orang kampung naik helikopter

Azlan turut membuat live di Facebooknya semasa membawa orang-orang kampung terbang menaiki helikopter dan mendapat pelbagai maklum balas positif daripada warganet.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber : hmetro / trendingsangat