Baru Usia 14 Tahun, Misi Quan Hongchan Raih Ema$ Untuk Tanggung K0s Rawat4n Ibu

Quan Hongchan hadir sebagai atlet paling muda di Olimpik Tokyo 2020. Di antara 10 atlet yang menyertai pasukan menyelam China ke Olimpik, Quan adalah satu-satunya yang tidak mempunyai gelaran dunia.

Atlet 14 tahun ini dilahirkan pada tahun 2007 di sebuah desa di Zhanjiang, Guandong. Datang daripada keluarga yang susah yang merupakan anak petani yang dibesarkan di sebuah kawasan perkampungan.

Malah, ibunya juga sedang sak!t dan memerlukan kos perubatan yang tinggi untuk menyembuhkannya. Jadi, faktor kesusahan ini membuatkan dia nekad untuk cekal dan terus bersemangat demi membantu keluarganya yang kesusahan.

Di usia 14 tahun, dia hadir ke Olimpik dengan satu misi, iaitu untuk mencari dana yang lebih bagi merawat ibunya yang sak!t. Dan siapa sangka, semalam Quan berjaya mencipta sejarah baharu untuk keluarganya apabila dinobatkan sebagai pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020.

Oktober 2020 adalah tahun yang membuka rezekinya, Quan berjaya layak ke pentas akhir untuk acara 10 meter platform di Stesen Shijiazhuang bagi kelayakan Olimpik Tokyo 2020. Di pertandingan terbabit, Quan berjaya menewaskan nama-nama besar dan memenangi kejuaran dengan 28 mata di hadapan naib juara.

Dan pada 5 Ogos 2020, di acara akhir sukan 10 meter platform di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Quan telah membuktikan kerja keras beliau akhirnya berjaya membuahkan hasilkan. Di usia 14 tahun, dia berjaya menyempurnakan terjunan dengan perfect 10 di dua pusingan.

Quan mengatakan sebelum pertandingan tersebut, ibu bapa “memberitahu saya untuk tidak gugup, tidak ada masalah jika saya mendapat pingat atau tidak dan hanya jadi diri sendiri. Kata-kata itu benar-benar membantu saya,” katanya kepada Reuters.

Ketika ditanya oleh The Washington Post selepas berjaya membawa pulang emas, Quan mendedikasikan kemenangan ini kepada ibunya yang sedang sak!t. “Saya ingin membawa pulang wang yang cukup untuk membantunya,” kata Quan melalui jurubahasa. “Saya ikut arahan jurulatih saya dengan teliti.”

Untuk rekod, China berjaya memenangi setiap acara menyelam wanita di Olimpik buat kali keempat berturut-turut. Manakala Quan pula menjadi pemenang pingat emas kedua termuda China dalam temasya Olimpik setelah Fu Mingxia memenanginya pada tahun 1992 pada usia 13 tahun.

Sumber: V0cket, Twitter / Via Mytv Viral

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini