‘Baru Semangat Anak Ayah Nak Main Game’ – Pemuda Sebak Bapa Hadiahkan Kerusi Gaming

Setiap ibu bapa sudah pastinya menginginkan apa yang terbaik buat anak-anak mereka. Bahkan, mereka akan berusaha keras bagi memastikan segala keperluan dan keinginan anak mereka tercapai.

Seperti perkongsian seorang pemuda dikenali sebagai Am, menerusi beberapa buah video di laman TikTok menceritakan pengalamannya mendapat kejutan daripada ayahnya sendiri.

Apa yang lebih menarik, apabila ayahnya menghadiahkan dia kerusi baharu yang sesuai digunakan ketika bermain game.

Kejutan si ayah

Kisahnya bermula, apabila ayahnya secara senyap memasuki bilik pemuda itu sambil menutup matanya. Ketika itu, si anak yang sedang leka bermain game sama sekali tidak menyangka akan menerima kejutan daripada ayahnya. Ayahnya ketika itu datang, dengan membawa sebuah kotak besar yang mengandungi hadiah buat anaknya.

Bahkan, jika dapat dilihat reaksi pemuda itu begitu teruja dan berulang kali mengucapkan terima kasih dan memeluk ayahnya atas hadiah tersebut. Pada masa yang sama, ayahnya juga sempat menitipkan beberapa pesanan buat anaknya dan menjelaskan kerusi tersebut dibeli dengan harga yang mahal.

Baru semangat anak ayah nak main game, jangan lupa solat!

Apa yang membuatkan netizen berasa sebak apabila, anaknya terus memeluk ayahnya beberapa kali sebaik sahaja membuka hadiah tersebut.

Ayah penyayang

Video:

Kalau tak dapat tengok video boleh tengok kat link bawah ni

Part 1 / Part 2 / Part3

Jangan kecewakan ayah

Sumber:OhBulan Via theupdatenews24

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini