Selepas Arw4h lbu Pergi, Bapa Raw4t Hati Dengan Berpindah Ke Tanah Suci

Setiap orang mahukan kehidupan yang tenang ketika melalui hari tua nanti. Tiada lagi kehidupan yang terkejar-kejar untuk mencari nafkah buat memberi makan keluarga kerana anak-anak juga sudah mempunyai kehidupan sendiri.

Cara paling baik untuk menghabiskan masa tua adalah dengan terus beribadah dan berbahagia bersama keluarga serta insan tersayang.

Mahu tunai umrah dan terus menetap di Tanah Suci.

Namun, ujian di hari tua kadang kala lebih memeritkan apabila perlu kehilangan pendamping setia seperti pasangan. Jadi, untuk mengubati hati yang lara, tak salah rasanya mengambil keputusan untuk melakukan perkara yang sangat diinginkan selagi ia memberi kebaikkan.

Hal tersebut samalah seperti yang dilakukan oleh bapa kepada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Leesa Ridzki apabila mengambil keputusan untuk mengerjakan umrah dan terus menetap di Tanah Suci itu.

Hidup rasa kosong lepas ibu meninggal.

Menurut wanita tersebut, selepas ibunya meninggal dunia, bapa telah mengambil keputusan untuk mengerjakan umrah dan mahu menumpukan sepenuh kehidupan hari tuanya dengan menunaikan ibadah.

Jadi, warga emas itu memang telah nekad untuk terus menetap Mekah bagi membolehkannya lebih fokus mengingati Allah S.W.T.

Ayah memang berniat nak habiskan masa tua di sana
Tambah wanita itu lagi, bapanya memang sudah lama berniat andai diberi kesempatan untuk menunaikan umrah, dia tidak mahu kembali lagi.

Oleh itu, lambaian bapa di lapangan terbang tempoh hari adalah pemandangan terakhir sebelum bapanya menetap disana.

Ikhlas untuk kebahagian ayah.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang mengakui sebak melihat momen perpisahan itu. Walau bagaimanapun mereka tetap berdoa agar bapa kepada pengguna TikTok berkenaan setiasa di bawah lindungan Allah S.W.T.

Mereka juga sekeluarga meredai pemergian bapanya ke Tanah Suci kerana mahu melihat kebahagian sang ayah yang ingin lebih dekat dengan Maha Pencipta.

Semoga pakcik berada dalam keadaan sihat-sihat di sana!

Perancangan terbaik untuk bersara

Cinta sampai syurga

Ayah awak adalah insan terpilih. Pengakhiran yang cukup indah insyaAllah

Ramai kata seronok sangat duduk di sana

Pagi2 mata dah masuk habuk

Cari jalan untuk tenangkan fikiran

Semoga pakcik sentiasa didalam lindungan Allah S.W.T

Sumber:Ohmm

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini