Kongsi Rezki Nelofa Bagi Susu Durian Percuma Pada Orang Ramai, “Tiada Limit”

Biarpun sedang berpantang, selebriti terkenal Noor Neelofa berkongsi rezeki dengan orang ramai dengan memberikan susu durian secara percuma.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi Instagram nilofagroup. Menurut Neelofa, 33, ini adalah kempen terbesar dalam sejarah Nilofa apabila memberikan susu tanpa limit di Warehouse Meru Klang.

Pemberian susu durian sudah bermula sejak semalam (2 Mac) iaitu bermula jam 10 pagi hingga 4 petang dan akan berakhir pada hujung bulan ini.

Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor turut mengingatkan sesiapa yang hadir untuk bawa tenaga yang mencukupi dan kenderaan yang boleh memuatkan jumlah susu yang dimahukan.

Dalam pada itu, bekas hos MeleTOP turut mengalukan individu yang berniat untuk mengagihkan minuman itu kepada rumah anak-anak yatim atau rumah perlindungan.

Pada 29 Januari lalu, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot ini baru melahirkan anak lelaki, Muhammad Bilal di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Sumber: Instagram neelofa

Sumber:SiakapKeli

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini