Bacalah Surah Al Fatihah 41 Kali Untuk Meminta Hajat, InsyaAllah Segala Hajat Akan Dimakbulkan

Surah Al Fatihah adalah surah pertama dalam al Quran. Al Fatihah maksudnya pembukaan iaitu surah pembukaan dalam kita suci tersebut. Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat. Al-Fatihah merupakan surah yang pertama-tama diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada dalam Al-Quran.

Surah ini disebut Al-Fatihah (Pembukaan), kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran.

Dinamakan Ummul Quran atau Ummul Kitab kerana dia merupakan induk dari semua isi Al-Quran. Dinamakan pula As Sabul matsaany (tujuh yang berulang-ulang) kerana jumlah ayatnya yang tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat.

Baca Surah Al Fatihah 41 Kali Untuk Memohon Hajat

Cara Membaca Al Fatihah Untuk Memohon Hajat.

Sesiapa yang ada hajat, hendaklah ia membaca surah al Fatihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang Maghrib. Jangan bergerak dari tempat duduknya hingga selesai membaca al Fatihah 41 kali yang disebutkan di atas.

Setelah itu berdoalah kepada Allah akan hajat yang dikehendaki. Iaitu hajat yang baik-baik. Insyaa Allah dikabulkan doanya. Amalan ini terbukti kemujarabannya, dengan izin Allah jua.

Fadhilat membaca surah al Fatihah, antaranya:

1) Siapa saja yang membaca surat Al Fatihah dalam keadaan berwudhu sebanyak 70 kali setiap hari dan selama tujuh hari kemudian ditiupkan pada air suci mensucikan lalu diminum. Ia akan memperoleh ilmu serta hatinya akan dibersihkan dari fikiran yang rosak.

2) Siapa saja yang mempunyai nazar (keinginan) dan memohon kepada Allah SWT, dan membaca surat Al Fatihah sebanyak 41 kali diantara shalat sunat Subuh dan Shalat fardhu Subuh sampai 40 hari lamanya, kemudian memohon kepada Allah. Insya Allah akan dikabulkan oleh Allah SWT.

3) Siapa saja yang membaca surat Al-Fatihah, Al Ikhlas sebanyak 3 kali serta Muawwidzatain Insya Allah ia akan selamat dari segala hal selain sudah sampai diajalnya (men1ngg4l dunia).

4) Siapa saja yang mengamalkan surat Al-Fatihah bersama Bismillah diantara Shalat sunnah subuh dan Shalat fardhu Subuh dalam keadaan istiqamah, Insya Allah akan doanya akan dikabulkan,

jika ia mempunyai hutang mampu membayarnya, jika ia s4kit maka akan sembuh, jika ia punya anak maka jadi anak yang saleh dan salehah dengan izin Allah SWT.

5) Siapa saja yang mengamalkan Al-Fatihah sebanyak 20 kali seusai shalat Fardhu 5 waktu. Insya Allah akan diluaskan rezekinya, dimudahkan urusan dunianya, diberikan kebahagian untuk dirinya serta keluarganya, diberikan akhlak yang baik dan lain-lain oleh Allah SWT.

6) Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah swt bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan.

Selesai membaca Al Fatihah bacalah doa ini:

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahasianya, sehingga Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmat, karunia-Mu dan rezeki-Mu.

Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak berkah tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahasianya, berikan apa yang kuhajati

Semoga perkongsian tentang cara membaca surah al Fatihah untuk memohon hajat dapat memberi manfaat kepada semua.

kalau sudi Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat