Anak Ketua P4deri Di Sebuah Kampung Di Sibu Sarawak – Sanggµp Lari Dari Keluarga Demi Peluk Islam

“Tiga bulan hidup saya seperti dalam nɛr4ka, tetapi saya tetap dengan pendirian mahu terus menjadi orang Islam.

“Keluarga tidak merestui keputusan saya menyebabkan saya nɛkad meninggalkan mereka,” kata Catherin Casby atau Norhayati Abdullah, 54 tahun mengenai dµgaan dihadapi apabila membuat keputusan menµkar agama.

Kisah pilµ yang dihadapi tidak pernah padam dalam ingatan suri rumah ini meskipun ia sudah lama berlalu.

Beliau kini hidup dengan lebih tenang melayari kehidupan bersama keluarga tercinta dan bersyukur pilihannya memeluk Islam amat tepat.

Tokoh Maal Hijrah 2015 Daerah Batu Pahat, Johor ini yakin jalan yang penuh berliku pada usia awal hidupnya adalah ujian Allah SWT bagi menguatkan imannya sebagai saudara baharu sekali gus menjadikannya Muslimah yang lebih tabah, beriman dan bertakwa.

Walaupun Norhayati dari suku kaum Iban mahu melupakan semua kenangan sedih, beliau bersedia berkongsi pengalaman yang ditɛmpuhi bagi memberi inspirasi dan iktibar kepada umat Islam khususnya saudara baru.

“Saya anak tunggal perempuan daripada lima beradik. Bapa saya ketua padɛri di sebuah kampung di Sibu, Sarawak. Ibu bapa saya meningg4l dunia, pada usia 13 tahun dan kemudian saya dijaga oleh ibu saudara,” katanya mengimbau zaman silamnya ketika ditemui di rumahnya di Batu Pahat, baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Norhayati berkata, beliau berasa tertɛkan di rumah menyebabkannya menjadi seorang yang p4nas b4ran, pem4rah dan pendɛndam.

“Saya juga amat bɛnci dengan rakan sekolah yang beragama Islam sehingga sanggup meng0yakkan buku rakan jika mereka lebih cemerlang daripada saya dalam peperiksaan”.

“Malah, saya juga sering membµli mereka dengan mengambil bekal makanan yang dibawa dan membµangnya berkenaan ke longkang jika ia tidak menepati selera saya.

“Namun apa yang pɛlik, rakan yang beragama Islam sedikit pun tidak m4rah, malah tetap bersabar dengan kelakuan saya. Lebih mengɛjµtkan mereka turut membawa bekal makanan khas untuk diberi kepada saya dan masih mahu terus berkawan dengan saya,” katanya.

Tahap kesabaran rakan beragama Islam melayan kelakuan bvruk beliau menyebabkan Norhayati mula tertarik hati dengan keikhlasan mereka menerima beliau seadanya sehingga nɛkad untuk mengenali dan mendalami Islam secara diam-diam.

Beliau mula mencari bahan bacaan untuk mengetahui mengenai Islam, selain memberanikan diri pergi sendiri ke Jabatan Agama Islam Sibu untuk mendalami agama itu.

Beliau juga mempunyai keluarga angkat beragama Islam, yang turut membimbingnya mendalami Islam berikutan usianya masih muda.

Yang nyata, kehidupannya penuh dengan ujian. Tr4gɛdi paling melekat di dalam jiwanya ialah apabila beliau diminta berhenti sekolah walaupun mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) dan disuruh menjadi menjadi r4hib di gɛreja.

“Hati saya h4ncur kerana satu-satunya perkara yang seronok ketika remaja ialah ketika di alam persekolahan. Tetapi keseronokan itu dir4mpas. Ketika di sekolah, saya dapat melupakan sebahagian daripada kisah sɛdih di rumah,” katanya.

Berikutan itu, beliau member0ntak dan melarikan diri ke rumah keluarga angkatnya di Sibu bagi menenangkan fikiran.

“Perkara paling saya ingin elakkan ialah dipaksa menjadi r4hib. Selepas puas berfikir, tanpa pengetahuan keluarga, saya nɛkad memeluk Islam secara senyap pada usia 15 tahun dengan bantuan keluarga angkat,” katanya.

Pada awalnya beliau mahu merahsiakan keputusannya memeluk Islam, tetapi selepas dua minggu pulang ke kampung, hatinya tidak mampu lagi menyimpan rahsia.

“Akhirnya memberitahu keluarga supaya mereka merestui. Bagaimanapun, saat permulaan mimpi paling ngeri dalam hidup saya. Keluarga membantah kɛras keputusan saya,” katanya.

Beliau nɛkad melarikan diri ketika semuanya ahli keluarganya sedang tidur dan menumpang di rumah kawan.

Dengan bantuan rakannya itu, Norhayati mula bekerja di sebuah restoran dan di situ jugalah, beliau bertemu jodoh. Beliau dilamar seorang pegawai kerajaan, yang menyatakan kesudian untuk menjaganya.

Pada usia 15 tahun, Norhayati bergelar isteri kepada Mohd Meras Ishak, yang 14 tahun lebih tua daripadanya.

Ketika baru berkahwin, saya sangat polos dan tidak tahu apa-apa. Sehingga ketika suami pergi kerja, saya yang menetap di kawasan kuarters kerajaan akan keluar bermain bersama anak jiran, bermain guli dan bermain sembunyi-sembunyi sehinggalah suami panggil untuk pulang.

“Suami banyak membimbing dan mengajar saya banyak perkara, termasuk cara bersolat dan berpuasa, selain menguruskan rumah tangga.

“Kami bahagia sehingga saya melahirkan enam cahaya mata. Namun, umur suami tidak panjang kerana dijɛmput Ilahi selepas 15 tahun berumahtangga,” katanya.

Selepas menjadi balu, Norhayati memutuskan untuk berpindah di kampung halaman suaminya di Batu Pahat dan meneruskan kehidupan dengan bekerja di kilang elektronik bagi membesarkan anak yang masih kecil.

“Dengan duit pampasan peninggalan arw4h suami, saya membeli sebuah rumah dan membesarkan semua anak hasil dengan bekerja kilang selama lebih 18 tahun. Anak meminta saya berhenti bekerja selepas mereka semua sudah tamat belajar di universiti dan bekerja,” katanya.

Kelapangan masa selepas berhenti kerja itu membolehkan Norhayati mendalami agama Islam. Beliau memasuki kelas agama di Badan Kebajikan Saudara Kita sehingga sekarang.

Saya berpeluang memperbetulkan bacaan al-Quran, bacaan dalam solat dan ilmu pengetahuan Islam lainnya, malah kerana berasakan kelas ini amat penting sebagai pembimbing hidup, saya tidak pernah sekali pun tidak hadir ke kelas yang diadakan tiga kali seminggu ini.

“Alhamdulillah, selepas gigih mengikuti kelas sejak tahun 2010, saya mendapat rezeki dan terpilih mengerjakan haji bersama rombongan kerajaan negeri Johor pada tahun 2013, yang menjadi hadiah paling bermakna dalam hidup saya,” katanya.

Kini, beliau nɛkad meningkatkan lagi ilmunya dalam bidang agama. Beliau mahu menuntut dengan guru agama sebagai persiapan mencapai cita-citanya, bergelar guru agama.

Beliau berazam kembali ke kampungnya di daerah Song, Sibu, Sarawak untuk berdakwah kepada keluarga dan masyarakat di sana.

“Sebelum ini, mereka cuba mencari saya dan berita kehilangan saya juga turut pernah disiarkan televisyen dan akhbar, namun ketika itu saya belum bersedia apatah lagi ilmu agama masih tidak cukup di dada,” katanya.

Beliau bercadang membawa ibu saudaranya tinggal bersama di Batu Pahat dan menjaganya, selain mahu mengajaknya memeluk Islam.

Norhayati mengakui, cabaran sebagai seorang saudara baharu amat hebat. Jika iman tidak cukup di dada, kemungkinan untuk kembali kepada agama asal amat tinggi.

“Alhamdulillah, saya dikelilingi sahabat, masyarakat yang baik, amat memahami malah langkah ke kelas agama juga banyak membimbing saya untuk terus bertakwa dan bersabar jika berdepan ujian.

Sumber nasihatustaz.net

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Kongsikan Ya.. Terima kasih..

Jom sertai group Lecture What’s Today (CAHI), sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… insyaAllah bermanfaat di sana.. TQ
Mahu Sertai –> Klik Di Sini