“Amat menakjubkan selepas mengucap, arw4h kelihatan sangat tenang” – Hidayah Di Akhir Hay4t, Peluk Islam Sehari Sebelum Dijempµt Ilahi

“Tiga kali saya suarakan supaya dia berdoa kepada tuhan minta kurangkan kes4kitannya sepanjang kira-kira tiga minggu dia tinggal di Subang Jaya, memandangkan dia seorang free th1nker, dia hanya diam.

“Akhirnya, kira-kira 9 pagi ketika saya bangkitkan hal yang sama, dia minta penjaganya, Nurin, untuk ajar dia mengucap dua kalimah syahadah,” kata Suzie Tan 59 tahun.

Suzie adalah adik kepada Tan Foo Hock, 66 tahun yang pernah tµlar di media sosi4l selepas dikatakan memeluk Islam sebelum meningg4l dunia kurang 24 jam kemudian.

Foo Hock dipercayai menggunakan Mohammad Ridzuan Tan Abdullah sebagai nama Islamnya meningg4l dunia akibat k4nser di kediaman adiknya Suzie di Subang Jaya, Selangor.

Menurut Suzie, meskipun berlainan agama, dia dan adik-beradik lain tiada masalah dengan keputusan abangnya untuk memilih Islam sebelum menghembµskan naf4s yang terakhir.

Malah, Suzie sebaliknya mengakui lega melihat riak wajah abangnya berbeza, malah kelihatan lebih tenang sebaik selesai melafazkan kalimah itu.

“Amat menakjubkan selepas mengucap, arw4h kelihatan sangat tenang dan kemudian menghabiskan masa berbual dan bergelak ketawa bersama anak dan menantunya sepanjang hari.

“Menjelang malam, anak dan menantu arw4h pulang ke rumah mereka dan pada waktu Subuh, saya dapati abang saya sudah tiada. Dia meningg4l dalam tidur,” demikian kata Suzie.

Sementara itu, adik bongsu arw4h, Mohammed Khairi Tan Abdullah, 54 tahun berkata, keputµsan abangnya untuk memeluk Islam agak mengejµtkan memandangkan Foo Hock dikatakan tidak menunjukkan minat selama ini.

Namun, Mohammed Khairi juga tidak menafikan abangnya sering dipanggil dengan pelbagai nama Melayu seperti Ridzuan dan Azlan oleh rakannya memandangkan Foo Hock banyak bergaul dengan masyarakat Melayu.

“Jika diikutkan minat, mungkin saya lebih minat untuk memeluk Islam apabila saya sendiri pernah dipuji oleh ustazah kerana boleh menulis jawi dan membaca ayat suci al-Quran dengan baik walaupun saya orang Cina.

“Manakala arw4h, selain banyak bergaul dengan masyarakat Melayu, dia memang fasih berbahasa Melayu, malah fizikalnya juga bermisai menampakkan seperti orang Melayu, namun tiada tanda-tanda dia ingin memeluk Islam.

TERJUMPA BUKU FARDHU AIN MENGAJAR CARA SOLAT.

“Cuma pernahlah ketika umur saya sekitar 12 tahun, saya terjumpa buku Fardu Ain yang mengajar cara solat dan sebagainya di dalam laci arw4h.

“Ketika itu arw4h berusia 24 tahun dan saya pun tidak mengesyaki apa-apa ketika saya masih kecil, sekadar selongkar barang abang-abang dan saya tidak tanya atau meng4du kepada sesiapa mengenai perkara itu,” katanya.

Mohammed Khairi berkata, memeluk Islam bukanlah asing dalam keluarga mereka memandang dia dan kakaknya yang menetap di Singapura sudah sekian lama menganut agama itu.

“Daripada 14 adik-beradik seibu sebapa, saya dan kakak saya di Singapura sudah pun memeluk Islam sejak zaman muda lagi yang mana kakak saya kini juga seorang ustazah di sana.

“Jadi, perkara ini bukanlah asing. Kakak saya (Suzie) pun beritahu saya dalam keadaan bersahaja, ‘Khairi, abang kau (Foo Hock) dah masuk Islam’ sebaik arw4h selesai lafaz dua kalimah syahadah.

“Kakak saya kata, arw4h cakap ‘aku nak masuk Islam, aku nak m4ti dalam Islam’ sambil suruh Nurin ajar dia mengucap tapi Nurin teragak-agak kerana bimbang dengan respons orang lain, namun dia lakukan juga apabila semua ahli keluarga tidak membantah.

“Ketika itu saya sangat bersyukur dan apabila dia meninggal dunia keesokannya, saya hanya mendoakan yang terbaik untuk dia. Dapat memandikan mayatnya memberikan saya pengalaman indah terakhir bersamanya,” katanya lagi mengakhiri perbualan.

Komen Warganet :

Sumber Harian Metro

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Kongsikan Ya.. Terima kasih..

Jom sertai group Lecture What Today (CAHI), sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… insyaAllah bermanfaat di sana.. TQ
Mahu Sertai –> Klik Di Sini