“Allah Menduga Aku Selama 10 Tahun Semasa Menjadi Ibu TunggaI…” – Didie Alias

Tugas seorang ibu tunggal membesarkan anak sendirian bukanlah mudah kerana ia memerlukan peng0rbanan besar. Begitulah yang dilalui oleh pelakon, pengacara dan pelawak Didie Alias yang menjadi ibu tunggal selama 10 tahun dan dia pernah berdepan kesempitan hidup sehingga memaksanya melakukan dua pekerjaan demi menyara keluarga.

“Allah menduga aku selama 10 tahun semasa menjadi ibu tunggal. Akulah emak, akulah bapa untuk mencari rezeki demi membesarkan, sekolahkan dan didik mereka. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sampai anak-anak pun tak tahu aku ni ada duit ke tak? Aku kuat kerana mereka. Sampaikan ada dua orang anak aku sebelum ni tak mampu hantar dia orang ke tadika fasal aku tak ada duit.

“Membesarkan lima orang anak semasa itu buat aku rasa… Ya Allah mampu ke aku? Siang aku kerja pejabat, petang aku berniaga sate di kaki lima area rumah aku. Tak ada kawan atau famili, aku tak nak mereka tahu aku susah terseksa jadi biarlah aku yang tanggung,” katanya.

Didie berk0ngsi pengalaman hidupnya itu menerusi Instagram pada Jumaat. Bersama kapsyen tersebut dia turut memuatnaik slip keputusan cemerlang anak sulungnya, Nurdhaniyah yang baharu sahaja menamatkan pengajian peringkat sarjana di sebuah universiti.

Dalam pada itu, Didie turut meluahkan rasa syukur kerana segala keperitan dan ujian yang dilalui dahulu akhirnya dibalas dengan kebahagiaan: “Perit getir yang aku alami sebelum ini Allah balas dengan kesenangan dan kebahagiaan hidup… walaupun aku tak kaya raya, tapi cukup untuk aku berada di dunia sementara ini, InsyaAllah.

“Terima kasih Allah, terima kasih anak-anak syurgaku kerana menjadikan mommy seorang ibu yang sangat dihorm4ti sekarang. Masa menaip ni pun air mata aku meleleh dengan sendiri, aku bangga dengan anak-anak aku dan sanggup buat apa sahaja untuk mereka. Mereka balas dengan kejayaan, syukur Alhamdulillah… tahniah kakak menjadi pendorong dan semangat untuk adik-adik kamu,” ujarnya.

Terdahulu, Didie pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 1991 namun berpisah pada tahun 2000. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana. Pada Mei 2009, Didie mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Norisham Ismail dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Muhammad Dayyan.

Sumber & foto dipetik dari Myartis, mStar & Instagram Didie Alias

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini