Alhamdulillah..! Dari Mat Saleh Kepada Mat Soleh, Hidayah Milik Allah..

Beruntungnya mereka yang mendapat hidayah Allah swt. Hidayah ini digambarkan begitu halus yang diserap masuk ke lubuk hati seseorang hingga memiliki kekuatan dan kemampuan untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan demi kepentingan hidup di akhirat.

Allah s.w.t telah berjanji kepada seseorang yang berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hidayah akan diberikannya. Tidak mustahil seseorang dikurniakan hidayah jika ia telah melepasi sebab-sebab yang telah dinyatakan dalam Al-Quran.

Perkongsian daripada Tuan Abu Khaleef ini antara contoh hidayah kepada 3 orang pelancong berbangsa Jerman yang jatuh cinta kepada agama Islam ketika ingin menumpang tandas di sebuah masjid. Siapa sangka hanya dengan kesantunan layanan yang diberikan kepada mereka, hidayah itu hadir tanpa diduga. Mari baca perkongsian beliau, semog menginspirasi ramai orang.

From Mat Saleh Into Mat Soleh

Alkisah dipetang hari ketika jemaah2 jaulah dibentuk utk dihantar keluar ziarah rumah ke rumah di sekitar perkampungan Pulau Perhentian, 3 org mat saleh dari German msk ke dlm perkarangan masjid utk tumpang guna tandas. Tanpa melepaskan peluang yg ada, salah seorg sahabat kami, Zali sado trus ikram diorang, ajak bersembang, dan belanja diorang minum dan makan keropok lekor. Daripada perbualan ringan mengenai mkn minum hinggalah kpd persoalan ttg Islam dan mereka menunjukkan minat yg agak dlm terhadap Islam.

Bila azan maghrib berkumandang kami terus jemput mereka sama2 msk masjid utk lihat2 aktiviti org Islam dan mungkin ia akan menjadi pengalaman baru yg unik buat mereka. Alhamdulillah setelah hadiahkan dan ajarkan mereka pakai kain pelikat, mereka sudi utk msk masjid dan dgr bayan dr Maulana Helmi sampai msk isya’. Memandangkan mereka dah dijemput Allah swt msk kedlm masjid sbg tetamuNya yg terhormat, kami terus pelawa mereka ambil wudhu’ dan sama2 ikut kami solat Isya’ berjemaah. Alhamdulillah mereka semua setuju dan akhirnya saya memimpin mereka berwudhu’ dan sama2 mengucap kalimah syahadah.

Selesai shj solat isya’ berjemaah kami ajak mereka sama2 makan dalam talam sambil jelaskan kpd mereka konsep ketuhanan dalam Islam dan dari respond mereka, seolah mereka menerima Allah swt sbg the One and Only God & Muhammad Peace be Upon Him is His Messenger. Namun mereka masih belum bersedia utk declare diri mereka sbg Muslim atas sebab2 tertentu namun kami hanya mampu meletakkan harapan yg tinggi mudah-mudahan Allah swt menerima Syahadah yg telah mereka lafazkan. Mereka begitu seronok dgn pengalaman baru mereka dan pulang ke Long Beach dgn kain pelikat baru mereka sambil tersenyum gembira. Semoga mereka sentiasa dlm bimbingan Allah swt.

Dgn asbab nak lepaskan hajat dalam tandas masjid, 3 org pelancong germany ni akhirnya dihadiahkan Allah swt dgn perkara yg paling mahal dr khazanahNya yakni Hidayah. Inilah yg berlaku apabila setiap umat Islam melihat setiap manusia lain yg belum beriman melalui kaca mata Baginda Rasulullah saw. Yakni bagaimana setiap daripada umat Manusia dpt mengenal Allah swt dgn selayaknya, mencintai dan mencontohi kehidupan Nabi saw dan akhirnya mati dlm keredhaan Allah swt.

Video Klik Disini

Abu Khaleef aka Khairul Ikhwan

Adakah Dosa Silam Mualaf Akan Terhapus Selepas Dia Memeluk Islam?

Bagi seorang mualaf, adakah dosa silam mereka sebelum memeluk Islam akan diampunkan setelah memeluk Islam?

Benarkah pandangan yang menyatakan bahawa individu yang baru memeluk Islam adalah seperti bayi yang baru dilahirkan, iaitu suci tanpa dosa?

Allah ampunkan dosa silam mualaf?
Dalam Surah Al-Anfal, ayat ke-38, Allah Taala ada menyebut, yang bermaksud:

“Katakanlah wahai Muhammad kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti daripada kekufurannya, nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu, dan jika mereka kembali lagi ingkar maka Kami akan menyeksa mereka, kerana sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur ingkar) dahulu kala.”

Menurut Imam Ibn Katsir, istilah ‘berhenti daripada kekufurannya’ membawa maksud orang-orang kafir menghentikan segala perbuatan kekufurannya.

Kemudian, mereka hendaklah memeuk agama Islam dan taat kepada suruhan dan perintah Allah Taala.

Dengan itu, barulah Allah Taala akan mengampunkan segala dosa silam mereka.

Maksud dosa silam ini ialah segala kesalahan dan dosa yang dilakukannya sebelum memeluk agama Islam.

Hadis Nabi mengenai pengampunan dosa silam sebelum memeluk Islam
dosa silam

Selain daripada bukti Al-Quran, Rasulullah S.A.W juga pernah meriwayatkan beberapa hadis mengenai pengampunan dosa silam seseorang individu sebelum mereka memeluk Islam.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri R.A, beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

“Apabila seseorang hamba masuk Islam, lalu Islamnya baik, dihapus daripadanya semua keburukan yang pernah dia lakukan. Kemudian setelah itu ada balasan yang adil; iaitu satu kebaikan dibalas sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda. Adapun satu keburukan dibalas dengan sama, kecuali Allah mengampuninya.” (Riwayat Al-Bukhari)

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda kepada Amru bin Al-As R.A, yang bermaksud:

“Apakah kamu tahu bahawa Islam telah menghapuskan dosa sebelumnya? Hijrah boleh menghapus dosa semuanya? dan Haji boleh menghapuskan dosa sebelumnya.” (Riwayat Muslim)

Berdasarkan maksud daripada hadis ini, Imam An-Nawawi pernah berkata, besarnya kedudukan Islam, hijrah dan haji sehingga kesemua amalan ini boleh menghapuskan dosa silam manusia yang dilakukan sebelumnya.

Mualaf seperti bayi yang baru lahir

Berdasarkan dalil-dalil daripada Al-Quran dan juga hadis nabi tersebut, ia menunjukkan bahawa dosa seseorang individu yang dilakukannya akan diampunkan Allah selepas dia memeluk Islam.

Dia perlulah memeluk Islam daripada segi luaran dan dalaman, iaitu daripada segi fizikal dan juga keikhlasan hatinya.

Setelah itu, segala dosa-dosanya sama ada dosa yang kecil atau dosa yang besar pasti akan diampunkan oleh Allah.

Maka benarlah pendapat bahawa mualaf itu boleh diibaratkan seperti bayi yang baru dilahirkan, suci daripada segala dosa dan perkara yang buruk.

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini