Alhamdulillah… Abang Viva Berdamai Dengan Keluarga, Warga Maya Luah Rasa Syukur

Memuat naik foto bersama keluarga, hantaran FB sukarelawan, Azwan Omar atau Abang Viva menjadi perhatian ramai.

Selepas berhadapan dengan kemeIut antara kakak, Fauziyah Omar dan keluarga baru-baru ini, Azwan mengesahkan permasalahan itu telah diselesaikan. Malah ikatan silaturahim kembali terjalin seperti sedia kala.

Alhamdullillah segala perselisihan faham telah diselesaikan dan kami menjadi seperti dahulu kembali.

terima kasih kepada semua yang telah mendoakan.saya wakil daripada seluruh keluarga memohon maaf atas segala yang telah terjadi. saya berharap tiada lagi kecaman atau isu akan dikeluarkan,” titipnya.

Suami kepada Evanoza Zakaria itu enggan memperincikan lanjut hal yang dibincangkan sebaliknya mahu ia diketahui oleh keluarga sahaja.

“Biarlah apa yang berlaku dan yang kami bincangkan menjadi rahsia antara keluarga kami. terima kasih dan maaf sekali lagi kepada semua. saya juga berharap tiada lagi persoalan atau pertanyaan tentang isu ini kepada ibu bapa saya,” katanya.

Dikenali sebagai Wira Banjir dalam kalangan warga maya, Azwan tidak mahu ahli keluarga terpalit sebarang isu yang timbul berkaitan dirinya.

“Jika ada kebencian, pertanyaan atau apa-apa boleh terus kepada saya sahaja. Biarlah saya seorang yang menanggung segala beban bukan keluarga.

Dalam pada itu, Azwan yang baharu bernikah pada 14 Oktober lalu memaklumkan majlis perkahwinan akan dilangsungkan pada Disember akan datang.

Warga maya rata-rata menzahirkan kesyukuran dan memuji kematangan Azwan berhadapan kontr0versi terbabit.

– “Tahniah Azwan tarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Matang, tiba-tiba sudah bergambar dengan famili. Moga Allah merahmati keluarga baik ini. Satu contoh perkara yang Allah hantar untuk kita teladani.”

– “Syukur Alhamdulillah. Terus sebak bila dapat melihat familinya bersatu kembali. Semoga keluarga Abang Viva sentiasa dalam peliharaan Allah SWT.”

– “Azwan ini bukan sahaja mampu menyelamat mangsa banjir, bahkan mampu menyelamatkan hubungan kekeluargaan. alhamdulillah, semoga menjadi contoh teladan.”

– Profesional Abang Viva, anda gentleman. Selamat pengantin baru dan selamat meIangkah ke alam rumah tangga.”

– “Alhamdulillah, reda ibu ayah penting dalam kehidupan dan kebahagiaan hidup kita di dunia ni.”

– Tahniah dan terbaik. Buang yang keruh ambil yang jernih. Air dicincang tidak akan putus.”

Sebelum ini, kakak Azwan, Fauziyah memuat naik hantaran di Facebook untuk membersihkan nama ibu bapanya yang tercaIar di samping mengelakkan kacau ganggu ketenteraman susulan perkahwinan aktivis masyarakat itu.

Azwan kemudian melalui penstriman langsung di media sosial memaklumkan akan menyelesaikan segala permasalahan keluarga secara tertutup.

Anak kelahiran Melaka itu tular di pelbagai platform media sosial selepas memandu kereta Perodua Viva membawa bot getah ke Selangor demi membantu mangsa banjir dengan berbekalkan wang RM50 pada Disember tahun lalu.

Atas jasa baktinya itu, Azwan menerima kurniaan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) daripada Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam pada Ogos.

Sumber FB Azwan Omar

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini