Alami Bar4ng Hil4ng Di Pusat Kurier, Lelaki Ini K0ngsikan Prosedur Yang Boleh Dicuba Mngsa

Kec0h sejak beberapa hari lalu apabila seorang lelaki ini meluahkan kekecewaan terhadap pekerja kurier apabila pakaian bernilai RM1500 yang dibelinya tidak diterima sebaliknya beliau hanya menerima parcel berisi jagung buruk sahaja.

Kes beliau walau bagaimanapun berjaya diselesaikan keesokan harinya apabila dimaklumkan pusat servis kurier berkenaan berjaya menemui barangan beliau dan diserahkan semula kepada beliau.

Menerusi isu yang berlaku, beliau yang juga penjual pakaian bundle menerusi Instagram sellsomeheat_ tampil berk0ngsi cara-cara yang boleh dilakukan mngsa yang mengalami barang hilang di pusat kurier bagi mendapatkan semula barangan yang dihantar penjual.

1. Maklum kepada penghantar untuk membuat Iaporan

Berdasarkan pengalaman yang dilalui beliau yang dikenali sebagai Aidil Latif, beliau memaklumkan para mngsa perlu memaklumkan kepada penghantar untuk membuat Iaporan kepada pusat servis kurier bahawa penerima menerima barangan yang berbeza.

2. Membuat Iaporan di balai polis

Seterusnya, pihak penerima juga perlu ke balai polis dalam memaklumkan situasi yang berlaku dan membuat Iaporan. Perkara ini dibuat sebagai rujukan pihak pusat servis kurier terhadap kes yang berlaku.

3. Memuat naik bahan bukti di platform media sosial

Aidil Latif turut memaklumkan beliau sebelum ini turut menggunakan cara-cara ini untuk menguar-uarkan situasi yang berlaku serta berharap mereka yang terlibat dapat memberi kerjasama sekaligus membolehkan orang ramai mengetahui perkara yang terjadi.

Difahamkan langkah-langkah ini antara yang dilakukan beliau dalam mendapatkan semula pakaian yang dipesan bernilai RM1500.

Selain itu, sebuah lagi langkah yang boleh digunakan buat mereka yang menghantar barangan yang berharga adalah mendapatkan khidmat insuran dalam memastikan sekiranya berlaku kehilangan terhadap barangan tersebut, pihak servis kurier perlu menggantikannya semula.

Beliau berharap perk0ngsian ringkas ini dapat membantu mereka yang pernah mengalami masalah melibatkan barangan hilang sewaktu pengeposan atau di pusat kurier dalam mendapatkan semula barangan yang sepatutnya diterima.

Sumber: V0cket Via Mytv Viral

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini