Akui Pernah Bυta al-Quran, Nabil Ahmad Menangis Cari Agama

Pelawak dan pengacara popuIar, Nabil Ahmad mengaku sebelum mendekatkan diri dengan jemaah tabligh, dia tidak pandai membaca Al-Quran dan memahami agama Islam dengan baik.

Menurut Nabil, kejahiIannya tentang agama membuatkan dirinya terasa amat rugi sementelah kini menyedari bahawa begitu banyak kebaikan dan nikmat yang telah dikurniakan Allah SWT sepanjang usianya selama ini.

“Saya akui, memang dulu ada solat, tapi ketenangan itu tiada. Dalam rumah tangga pula, ada sahaja hal yang tak kena, tak puas hati. Suami isteri biasanya akan kerap bergadυh pasal duit sebab ia antara punca masaIah dalam rumah tangga.

“Saya tiada masaIah itu, namun hati tetap tidak tenang. Suatu hari saya bangun tidur dan cakap pada diri, nak cari agama. Masa itu, tanya pada kawan-kawan sukan motor, baru tahu yang mereka sebenarnya jemaah tabligh yang selama ini tak saya tahu.

“Mereka tak ceritakan selama ini, tapi tunjuk adab dan berlaku baik dengan saya yang teramat sangat sepanjang persahabatan kami. Saya yang minta mereka bawa saya ‘kelυar’ dan semasa tiga hari berada di Batang Kali, Selangor, perspektif terus berubah,”katanya.

Nabil berkata demikian dalam satu perkongsian bersama pengikut Instagramnya menerusi sesi Live bersama penceramah bebas, ustaz Mohammad Yaakub Yusra.

Selain itu, menurut Nabil, satu kejadian yang telah menjentik hatinya semasa bersama jemaah tabligh di Batang Kali ketika itu adalah alunan suara seorang kanak-kanak berusia lapan tahun sedang membacakan surah Nun.

“Saya terjaga pukul 4.30 pagi dan tengok semua orang di madrasah itu sedang mengaji.Saya pula langsung tak tahu mengaji, tak boleh baca Quran dan sepanjang pukυl 4 pagi hingga subuh itu, saya menangis mengenangkan apa yang sudah aku buat selama ini?

“Lepas subuh, ada seorang budak kecil mengalunkan surah Nun sehingga habis. Sekali lagi saya menangis sebab terasa amat maIu dengan Allah SWT, tak tahu baca Quran.

“Tiga hari berada di madrasah itu, tertanam rasa cinta yang mendalam dalam hati ini padaNya, pada Nabi,membuatkan saya pulang dengan satu perubahan besar. Sungguh, tak pernah saya rasa rindu sebegitu dahsyat pada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW seperti itu,”katanya.

Kata Nabil lagi, dia juga bersyukur kerana perubahan itu juga disambut baik oleh isterinya, Nazirah Ayub, dalam usaha bersama-sama memperbaiki diri masing-masing ke jalan lebih baik.

“Memang terasa betul perbezaannya. Allah SWT juga berikan saya kekuatan dan keazaman untuk belajar agama dan Al-Quran. Daripada saya tak pandai, sekarang Alhamdulillah, boleh baca.

“Kalau dulu, datang ke majlis doa selamat, saya mengaku cuma gerak-gerakkan bibir macam membaca surah Yassin. Takut maIu orang cakap kita bυta Al-Quran. Ketahuilah, kita tidak pernah terlambat untuk belajar asalkan punya niat untuk berubah dan mencari jalan kebaikan,”katanya.

Dalam pada itu, menurut Nabil, dia dan isterinya sependapat untuk menghantar ketiga-tiga anak perempuan mereka untuk mendalami bidang tahfiz selepas berusia 12 tahun.

“Tapi dalam masa yang sama, pembelajaran di sekolah biasa juga tetap kami tekankan. InsyaAllah, saya harap semua pihak,pengikut dan peminat doakan kami sekeluarga ya,”katanya.

Sekadar info, Nabil dan Nazirah mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga anak perempuan.

Sumber UM

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini