Air Dicinc4ng Tidak Akan Putµs, Dua Beradik Bertemu Semula Selepas 50 Tahun Terpisah

Usaha seorang lelaki warga Singapura menjejaki adik perempuannya selepas terpis4h sejak 50 tahun lalu tercapai.

Semalam, Ling Kok Ong, 66, yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik disatukan dengan adik perempuannya, Hamsiah Mohamad, 58, di Bukit Payong di sini selepas lebih 50 tahun mereka terpis4h.

Mereka dipertemukan semula hasil inisiatif Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun, Wan Mohd Rosli Wan Ngah.

Kok Ong berkata, dia gembira kerana dapat menjejaki adiknya sekali gus dapat menunaikan permintaan ibu mereka yang mahu berjumpa dengan adik yang terpis4h sejak dia dilahirkan.

“Walaupun terpis4h, kami sentiasa mengingatinya dan sebab itu, saya memang berharap dapat menjejakinya bagi menunaikan impian ibu.

“Kami sekeluarga terutama ibu dan mendi4ng ayah sentiasa mengingati adik dan sebab itu kami datang ke Terengganu untuk mencari adik,” katanya.

Difahamkan, Hamsiah diserahkan kepada pasangan suami isteri Melayu ketika dilahirkan untuk dijadikan anak angkat kerana mereka belum dikurniakan anak.

Ketika itu, mereka menetap di Bukit Besi, Dungun dan perpis4han berlaku apabila keluarganya itu pulang ke Singapura.

Menurut Kok Ong, dia dan isterinya ke Bukit Besi, Dungun pada 17 Ogos lalu untuk menjejaki adiknya namun hampa selepas dimaklumkan keluarga angkat adiknya sudah berpindah manakala bapa angkatnya sudah meningg4l dunia.

Bagaimanapun, pertemuan dengan Wan Mohd Rosli dan Ahli Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun yang berusaha menjejaki adiknya akhirnya membuahkan hasil.

“Ada antara ahli persatuan itu mengenali anak saudara Hamsiah dan daripada situ, kami berjaya menjejaki adik yang sudah pun berpindah ke Bukit Payong,” katanya.

Bagi Hamsiah yang juga ibu kepada dua anak, dia tidak pernah terfikir dapat bertemu dengan ahli keluarganya memandangkan sudah terpis4h lama.

“Saya hanya tahu saya anak angkat ketika berusia 15 tahun dan memang tak fikir akan berjumpa mereka lagi kerana tidak pernah mengenali mereka.

“Alhamdullilah hari ini saya dapat bertemu dengan salah seorang daripada mereka,” katanya.

Katanya, walaupun hanya anak angkat, ibu bapanya itu menjaganya dengan baik seperti adik beradik yang lain.

Sumber Metr0

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini