Adakan MajIis Perkahwinan & Berikan Doorgift “Maggi” – Ramai Puji Idea Bernas Ini

Di setiap majlis perkahwinan, pasti tuan rumah akan menyediakan doorgift atau pun buah tangan. Ia sudah menjadi adab dan amalan sejak dari zaman dahulu lagi.

Apa yang membezakan adalah doorgift yang diberikan, jika zaman dahulu, kebanyakan dari tuan rumah akan memberi telur rebus dan coklat sebagai buah tangan. Namun sangat berbeza dengan zaman sekarang, kerana ada yang memberikan beras, kicap, roti, mee dan barangan lain.

Bab kata orang, doorgift zaman sekarang sudah dinaiktaraf. Mungkin masih ada lagi segelintir masyarakat yang masih mengekalkan tradisi lama dengan memberikan telur rebus kepada tetamu.

Namun tidak menjadi masalah pun jika diberikan makanan seperti mee, kicap, roti dan sebagainya. Malah sebagai tetamu, mereka lebih suka jika mendapat makanan seperti itu. Dan akan lebih bahagia lagi apabila dapat mi segera kegemaran rakyat Malaysia.

Seperti mana yang dikongsikan oleh amira.zamhuri menerusi aplikasi TikT0k mengenai tuan rumah yang mengadakan majlis perkahwinan dan memberikan doorgift Maggi.

Mungkin jarang melihat doorgift sedemikian rupa, namun idea tersebut cukup bernas. Bahkan ramai yang memuji dan gembira dapat buah tangan tersebut. Cuba fikir sejenak, jika satu keluarga yang hadir dan setiap ahli keluarga dapat, pastinya boleh buat st0k.

Memandangkan sekarang ini Maggi pun sudah naik harga, memang ia adalah antara pilihan yang terbaik. Menerusi video tersebut, dapat dilihat tuan rumah mengambil sebungkus maggi lalu diberikan kepada tetamu yang datang.

Terdapat tiga kotak Maggi di depannya, mungkin banyak lagi kotak yang tersimpan memandangkan tuan rumah memberikan sebungkus seorang.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok. Bukan sahaja ramai yang teruja akan doorgift tersebut namun ada juga yang menulis, “cukup menarik. Pertama kali melihat begini. Semoga pengantin dan keluarga di dalam rahmat Alah”.

@embunmenangis:semalam dpa doorgift mee hoon..5 branak pegi dpt 5

@__ryzzqynadyla__:Maggi pn da mahai skrg.. Untggg la dpt maggi

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menyatakan, bagi Maggi sedap dimakan. Apabila dimakan jadi darah, selagi tula pahala mengalir.

Doorgift Maggi memang jarang dibuat orang. Mungkin selepas ini bolehlah pengantin atau tuan rumah mengambil idea ini. Bukankah lebih baik jika kita memberikan makanan yang berguna kepada tetamu berbanding memberikan barangan namun tidak tahu apakah kegunaannya.

Lebih-lebih lagi, jika diberikan makanan kepada tetamu, bukankah sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan beban mereka yang kurang pendapatan.

Kredit TikT0k @amira.zamhuri

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini