Acara Pembukaan PiaIa Dunia 2022 Di Qatar, Ayat 13 Surah Al-Hujurat Turut Dialunkan

PiaIa Dunia 2022 membuka tirai secara rasmi dengan kemeriahan upacara pembukaan penuh gemilang di Stadium Al Bayt, Qatar.

Menjadi tuan rumah buat kali pertama, Qatar membuat kejutan apabila ayat suci al-Quran berkumandang dalam acara kelolaan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FlFA) buat pertama kali dalam sejarah.

Qari remaja 0KU berusia 20 tahun, Ghanim Al Muftah yang juga duta Piala Dunia (FIFA) mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran dari Surah Al-Hujurat ayat 13 di atas pentas semasa acara pembukaan Piala Dunia FIFA 2022. Beliau juga turut membacakan terjemahan daripada ayat surah tersebut.

Maksud ayat 13 Surah Al-Hujurat; “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.”

Putera mahkota Arab Saudi dan Presiden Mesir, Turki serta Algeria, antara yang hadir. dua figura berpengaruh ini menyaksikan acara pembukaan sebelum perlawanan peringkat kumpulan Qatar menentang Ecuador.

Berikut 11 fakta tentang Piala Dunia 2022 di Qatar:

1. Selepas 12 tahun persiapan, Piala Dunia 2022 akhirnya bermula pada 20 November, menjadikannya sebagai perlawanan besar bola sepak pertama yang dianjurkan di negara Arab.

2. Bacaan ayat suci al-Quran yang dikumandangkan ketika acara pembukaan mendapat perhatian ramai terutamanya daripada golongan orang Arab dan Muslim di media sosial. Ramai menyatakan rasa bangga dengan upacara yang memberi pengaruh besar serta cara Qatar dalam memperkenalkan Islam kepada masyarakat sedunia.

3. Sebanyak 32 buah negara yang mengambil bahagian.

4. Bintang K-Pop Korea Selatan dari kumpulan BTS, Jungkook bersama penyanyi Qatar, Fahad Al-Kubaisi menyanyikan lagu tema kejohanan berjudul Dreamers.

5. Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV menandatangani perjanjian kerjasama untuk penyiaran Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

6. Semua rakyat Malaysia dapat menonton Piala Dunia secara percuma di platform MYTV melalui saluran TV2, Okey dan Sukan RTM. Semuanya adalah siaran berdefinisi tinggi (HD) dan kualiti digital tanpa gangguan.

7. Sebanyak 41 perlawanan, 27 secara langsung dan 14 siaran tertunda ditayangkan melalui MYTV untuk dinikmati semasa Piala Dunia 2022.

8. Ghanim Al Muftah yang membacakan ayat suci al-Quran ketika acara perasmian dilahirkan dengan penyakit yang jarang ditemui. Penyakit tersebut menjejaskan tulang belakang bawahnya yang dipanggil sebagai Sindrom Regresi Caudal.

9. Budaya masyarakat Badwi Qatar telah dipamerkan semasa upacara pembukaan Piala Dunia 2022.

10. Hampir tiga juta tiket perIawanan berjaya dijual pada Piala Dunia Qatar 2022.

11. Qatar, Arab Saudi, Amerika Syarikat, Mexico, Britain, Emiriah Arab Bersatu, Argentina, Perancis, India dan Brazil adalah antara negara paling banyak membeli tiket piala dunia edisi kali ini.

Untuk rekod, sebanyak lapan negara pernah menjuarai Piala Dunia. Lapan negara tersebut ialah Brazil (lima kali), Jerman (empat kali), Itali (empat kali), Argentina (dua kali), Perancis (dua kali), Uruguay (dua kali), Sepanyol (satu kali) dan England (satu kali).

Sumber Khaleejtimes

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini