Abang Michael Jacks0n Kongsi Pengalaman Peluk Islam & Sambutan Yang Di Terima Selepas Itu

Pernah tersebar melalui media sosi4l kononnya Raja Pop dunia, Michael Jacks0n memeluk Islam. Malah beliau juga dikatakan menyanyikan sebuah lagu bertajuk Du’aa yang memuji Allah SWT dengan begitu indah.

Namun, setelah diteliti dan diperhalusi rupa-rupanya lagu tersebut dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkemuka dari Afrika Selatan bernama Zain Bhikha. Namun, menurut abang Micheal sendiri, Jermaine Jacks0n adalah tidak mustahil suatu hari kelak adiknya memeluk Islam.

Katanya, apa yang lebih penting Michael kini tidak mempunyai pandangan yang ser0ng dan semp1t terhadap Islam setelah membaca beberapa buku penerangan mengenai Islam yang diberikan kepadanya.

“Michael kini lebih memahami Islam dan sering juga bertanyakan mengenai agama itu. Berbanding dahulu, seperti kebanyakan warga Barat yang lain, Michael juga terpengarµh dengan pelbagai dakwaan yang negatif terhadap Islam,” katanya.

Mungkin kerana Islam itu sendiri, Michael beralih tumpuan perniagaannya di Asia Barat. Malah beliau juga mempunyai sebahagian pegangan saham di sebuah syarikat milik Putera Arab yang berstatus billionaire, Waleed Talal.

ABANG MICHAEL JACKS0N KONGSI PENGALAMAN BELIAU PELUK ISLAM.

Jermaine, salah seorang anggota kumpulan Jackson 5 yang mengecap kegemilangan dan kemasyhuran pada era 1980-an, memeluk Islam pada awal 1990. Jermaine atau nama sebenarnya Jermaine La Jaune Jackson yang dilahirkan pada 11 Disember 1954 di Gary, Indiana kini lebih dikenali sebagai Muhammad Abdul Aziz.

Berita pengislamannya itu begitu mengejutkan dunia Barat dan peminat seninya. Mereka sama sekali tidak menyangka Jermaine akan memeluk Islam dan kini memilih hidup yang cukup berbeza berbanding kehidupannya dahulu.

Sedangkan pada akhir kariernya sebagai penyanyi, beliau sempat berduet dengan Pia Zadora pada tahun 1985 dalam lagu When The Rain Begins To Fall yang menduduki tempat teratas beberapa carta single di Eropah. Pada tahun 1989, albumnya yang bertajuk Don’t Take It Personal menjadi hit nombor satu dalam Carta Billboard R and B Singles.

Pada tahun 1989, bersama dengan adiknya, Janet Jackson mereka mengadakan persembahan di beberapa negara Asia Barat. Ketika menetap di Bahrain, Jermaine berpeluang menemui sekumpulan kanak-kanak negara itu yang datang menemui beliau.

“Kanak-kanak tersebut tanpa segan silµ terus bertanyakan mengenai agama anutan saya, lalu saya menjawab saya seorang Kristi4n dan saya juga terus bertanyakan kepada kanak-kanak itu akan agama mereka pula.

“Tanpa saya sangka, agak mengejµtkan apabila mereka menjawab ‘Islam’ dengan bangganya tanpa ragu-ragu,” katanya.

Tanpa perlu bertanya lanjut, kanak-kanak itu juga bercerita kepada Jermaine akan agama Islam dengan pelbagai maklumat yang menarik walaupun bunyinya begitu keanak-anakan.

“Melihat kesungguhan mereka menerangkan Islam, saya menjadi kagum malah saya berasa sungguh damai mendengarkan penerangan mereka itu,” katanya.

Sejak peristiwa itu, Jermaine mengambil peluang mengadakan perbincangan yang panjang lebar mengenai Islam dengan beberapa ulama dan tokoh Islam terkemuka di Bahrain.

“Ini menyebabkan hati dan pemikiran saya mula berkocak hebat,” katanya yang pada zaman kegemilangannya pernah dicalonkan untuk Anugerah Grammy dalam kategori Best Male R and B Vocal Performance melalui albumnya Let’s Get Serious pada tahun 1979.

Begitupun, Jermaine belum sepenuhnya mendapat ‘hidayah’ untuk memeluk Islam dan menganggap semua maklumat yang diperoleh tentang Islam tidak akan mengubah dirinya sebagai penghibur dan dia akan terus kekal sebagai penggiat seni dan muzik Barat.

“Namun hati saya ketika itu sebenarnya telah pun ‘memeluk’ Islam, cuma tidak mampu untuk dilafazkan melalui kata-kata,” katanya.

Beliau kemudian memberitahu perasaannya itu kepada seorang sahabat yang bernama Qunber Ali yang kemudiannya membawa Jermaine ke Riyadh, ibu negara Arab Saudi .

“Sehingga ke saat itu, saya masih tidak mengetahui mengenai Islam sehinggalah sebuah keluarga daripada kerabat diraja Arab Saudi membawa saya untuk melakukan umrah di Mekah. Di situ, buat pertama kalinya saya mengucap dua kalimah syahadah bagi mengesahkan pengislaman saya,” katanya.

Setelah memeluk Islam, Jermaine mendapatinya dirinya bagai dilahirkan semula. Ini kerana Islam telah memberikan jawapan kepada pelbagai keraguan beliau sebelum ini terutama mengenai agama asalnya.

“Islam memberikan jawapan yang sangat memuaskan hati terutama mengenai kelahiran dan kenabian Nabi Isa AS dan saya berdoa agar seluruh keluarga saya juga dapat menerima hakikat yang sama,” katanya.

Seluruh keluarga Jacks0n adalah pengikut ajaran Krist1an yang dikenali sebagai Avendance of Jeh0vah (Penyaksian Jeh0va) dan antara ajaran yang menjadi pegangan adalah hanya seramai 144,000 lelaki di muka bumi ini layak memasuki Syurga.

“Dari dahulu lagi akal saya tidak dapat menerima fakta yang sedemikian dan begitu juga apabila kitab Bibl3 sebenarnya lebih mengumpulkan kata-kata manusia di dalamnya berbanding ajaran sebenar dan kata-kata daripada Tuhan,” katanya.

Pelbagai cara dilakukan oleh Jermaine untuk mengenali Islam. Semasa di Mekah beliau mengambil kesempatan menikmati lagu-lagu nasyid dan mendalami lirik lagu seperti yang dinyanyikan oleh Yusuf Islam (Cat Stevens).

“Saya juga banyak belajar daripada beliau mengenai Islam berikutan kami mempunyai latar belakang, kerjaya dan kebolehan yang hampir sama sebelum ini,” katanya yang juga sering belajar mengenai Islam dengan bekas juara tinjµ dunia, Muhammad Ali.

SAMBUTAN YANG BELIAU TERIMA APABILA PULANG KE AMERIKA SYARIKAT SELEPAS SECARA RASMI MEMELUK AGAMA ISLAM.

“Saat itu merupakan kesempatan yang diambil sepenuhnya oleh media Barat dalam mengalunkan satu orkestra pr0paganda yang membµruk-bµrukkan Islam dan umatnya. Apabila mereka mendapat tahu saya memeluk Islam, pelbagai g0sip dan t0hmahan yang mereka sebarkan mengenai saya sehinggakan saya benar-benar terganggu.

“Malah keluarga saya turut menerima kesannya. Begitu banyak surat-surat dan kiriman kec4man dan anc4man yang tidak putµs-putµs mengganggu kami,” katanya.

Jermaine bertindak rasional malah berasa hairan dengan f0bia pihak Barat terhadap Islam sedangkan mereka tidak cuba mengenali Islam dan jauh sekali cuba menyelami tekanan yang dihadapi oleh umat Islam angkara perbuatan dan sikap mel4mpau Barat sendiri.

Beliau juga tidak ambil peduli dengan apa juga kisah yang cuba didedahkan oleh media massa mengenai dirinya.

“Kebebasan yang diamalkan oleh media Barat itu akhirnya memakan diri mereka sendiri kerana pada akhirnya ia membentuk dan menyerlahkan lagi sikap hip0krasi masyarakat Amerika ke tahap yang tertinggi.

“Ini kerana siapakah mereka untuk mengutµk atau mencerc4 Islam sedangkan mereka sendiri tidak mengikut ajaran agama masing-masing dan tidak berusaha mencari jalan untuk hidup bersama dengan aman malah lebih suka mencari kebµrukan orang lain. Adakah ini boleh menyelesaikan masalah?” katanya.

Menurut Jermaine, Islam banyak menguraikan kekµsutan jiwa pada dirinya kerana kesanggupan beliau merubah diri mengikut seperti yang diajarkan oleh Islam. Ia benar-benar memberi satu kehidupan baru yang lebih bermakna dan memberinya pandangan hidup yang lebih positif dan rasional.

Bercakap mengenai keluarga Jacks0n, Jermaine berkata, pelbagai anc4man yang diterima oleh keluarga beliau itu akhirnya dapat ditangani dengan baik.

“Mujur seluruh ahli keluarga saya mempunyai fikiran yang terbuka. Sebenarnya telah menjadi tradisi keluarga kami agar sentiasa membuat kawan dan bersahabat baik dengan sesiapa pun tanpa mengira perbezaan agama.

“Disebabkan amalan seperti inilah mungkin menyebabkan saya terbuka untuk mengenali Islam dan alhamdulillah ia memandu saya kepada kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Mengenai adiknya dan khabar-khabar angin yang bertiup kencang mengatakan Michael juga telah memeluk Islam, Jermaine berkata, beliau boleh mengesahkan adiknya itu belum lagi mengikut jejak langkahnya.

“Michael tidak memeluk Islam tetapi dia juga tidak menentang atau mencemuh Islam malah lagu-lagunya banyak mengajar supaya kita semua supaya berkasih sayang sebagaimana yang diajarkan oleh ibu bapa kami sebelum ini.

“Tetapi siapa tahu pada suatu hari Micheal akan memeluk Islam. Hanya masa dan takdir yang akan menentukan. Sebagaimana juga tidak ada sesiapa yang memaksa saya untuk memeluk Islam. Begitu juga kepada Michael, tidak ada sesiapa yang boleh mem4ksa untuknya memeluk Islam,” katanya yang pernah berduet dengan adiknya dalam lagu yang begitu popular, Tell Me I’m Not Dreamin, pada tahun 1984.

Seorang lagi adik beliau yang juga sangat popular, Janet sangat terkejut dengan pengislaman abangnya itu. Janet lebih melucukan kerana apabila sebut sahaja Islam, apa yang beliau tahu dan menjadi ketakµtannya ialah soal p0ligami.

“Jadi, saya jelaskan kepadanya bahawa p0ligami itu sesuatu yang dibenarkan malah ia sebenarnya satu perkara yang mulia berbanding mempunyai hubungan sµlit dengan ramai perempuan. Malah itulah yang berlaku kepada kebanyakan lelaki Barat yang telah berkahwin, mereka mempunyai hubungan sµlit yang menyebabkan punca ker0sakan m0ral dan menggµgat kestabilan masyarakat.

“Jika seorang lelaki secara emosi terpikat dengan wanita lain maka ia patut menghalal dan menghormati hubungan itu dengan perkahwinan. Jika tidak, dia patut mempunyai seorang isteri sahaja,” jelasnya.

Menurut Jermaine, setiap wanita dalam Islam umpama sekuntum bunga yang kembang mekar dalam sebuah taman larangan yang mesti dijaga dan dilindungi daripada sebarang makhluk per0sak sekalipun yang bernama lelaki.

Lagipun, katanya, dalam seluruh populasi umat Islam di seluruh Amerika Syarikat, tidak sampai 10 peratus penganutnya yang mengamalkan poligami. Jadi, tidak ada sebab untuk adiknya itu berasa bimbang.

Melalui tiga perkahwinan sebelum ini iaitu dengan Hazel Gordy pada 1973, Margaret Maldonado 1988 (t4npa nik4h) dan Alejandra Genevieve Oaziaza (1989), Jermaine mempunyai tujuh anak lelaki dan dua anak perempuan.

“Mereka saya didik sepenuhnya berorientasikan ajaran Islam,” katanya. Walaupun Jermaine dikatakan sudah bercer4i dengan Alejandra pada tahun 2004 namun ada versi yang mengatakan isterinya itu juga berminat dan sedang mempelajari Islam.

Begitu pun, beliau yang kini beristerikan Haleema Rasheed. Kini mereka memilih menetap di Dubai dan Bahrain dan masih giat melakukan pelbagai kegiatan seni yang berunsurkan Islam.

“Insya Allah, semua adik-beradik saya terutama Michael dan Janet akan hadir dan memberikan sumbangan bagi menjayakan kompleks itu,” katanya penuh yakin.

Sumber Utusan Malaysia

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Kongsikan Ya.. Terima kasih..

Jom sertai group Lecture What Today (CAHI), sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… insyaAllah bermanfaat di sana.. TQ
Mahu Sertai –> Klik Di Sini