7 Tahun Simpan Duit Bersama ,Gadis Ini Kecewa Kekasih Nikah Dengan Orang Lain,,Guna Duit Simpanan

Hancur hati seorang wanita apabila wang simpanan yang dikumpul bersama kekasihnya didakwa digunakan si lelaki untuk menikahi individu lain.

Menurut Suara.com, kisah itu telah dikongsikan oleh seorang rakan kepada wanita terbabit di TikTok dengan nama @sharaadw.

Kongsi @sharaadw, rakannya yang patah hati sudah 3 hari tidak makan selepas mengetahui kekasihnya merancang untuk menikahi orang lain.

Apa yang lebih menyakitkan ialah lelaki itu didakwa menggunakan wang simpanan bersama selama tujuh tahun yang sepatutnya digunakan untuk pernikahan mereka berdua.

“Dia sudah 3 hari tak makan. Jadi kita pesan makanan kesukaan dia.

“7 tahun buat simpanan dengan kekasihnya untuk menikah. Dia baru tahu kekasihnya menikah hujung minggu lalu dengan orang lain.

“Ternyata kekasihnya menikah pakai duit tabungan mereka berdua,” kongsi @sharaadw.

Dalam video itu, jelas kelihatan wanita dimaksudkan sesekali mengesat air mata kesedihan sambil menghirup makanan.

Video Klik Disini

Sumber: @sharaadw, Suara.com

Jom join group ni.. Istimewa untuk masing2 share menu masing2 nanti.. insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini