5 SeIebriti Yang BergeIar Pensyarah. Bukan Sahaja Berpendidikan Tinggi, Bahkan Juga Berbakat Besar

Anak seni Malaysia kini bukan sahaja hebat di atas pentas, layar lebar dan seni tarik suara tetapi mereka turut hebat sebagai pendidik bagi membentuk generasi masa depan yang gemilang.

Walaupun masing-masing menceburi dunia seni dan bergelar selebriti namun itu bukan haIangan untuk mencapai cita-cita dalam dunia pendidikan dan menjadi penyebar ilmu kepada anak bangsa.

Jom kita lihat lima selebriti popular yang bergelar pensyarah.

VANIDAH IMRAN

Aktres hebat yang juga bekas ratu cantik Malaysia kini merupakan seorang pensyarah di Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA. Vanidah yang merupakan pemegang trofi pelakon wanita terbaik Festival Filem Malaysia 2007 merupakan graduan Open University Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris.

Selain itu,menambahkan lagi kredibilitinya sebagai seorang pendidik, ibu kepada dua cahaya mata ini merupakan pemegang Ijazah Sarjana Seni Persembahan dari Universiti Malaya.

DR SOO WINCCI

Kehebatan anak jati Selangor ini tidak dapat disangkal lagi. Memulakan kerjayanya dalam dunia seni sebagai seorang ratu cantik dan bergelar Miss World Malaysia 2008. Soo Wincci terus melebar sayap begelar seorang pelakon dan penyanyi.

Paling mengagumkan tentang wanita cantik ini, dia memiliki dua Ijazah Kedoktoran! Satu dalam bidang pengurusan perniagaan dari Open University Malaysia dan ijazah kedoktoran kedunya dalam bidang produksi artistic dari University of Polytechnic Valencia. Kini dia merupakan seorang pensyarah Muzik di Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA.

NAJWA LATIF

Najwa antara anak seni yang cukup kreatif dalam industri muzik Malaysia. Bukan hanya bergelar penyanyi dia juga merupakan seorang komposer dan penuIis lirik berbakat besar.

Telah memperlahankan kerjaya seninya, Najwa kini selesa bergelar pensyarah selepas memperoleh Ijazah Sarjana Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua dari UNITAR International University. Kini dia mengajar di UNISEL dan dalam masa yang sama menyambung pengajian Ijazah kedoktoran di Universiti Kebangsaan Malaysia.

SHAZA BAE

Juara Dewi Remaja 2019 ini semakin bersinar dalam dunia seni di Malaysia. Baru-baru ini dia telah memenangi Asia Academy Creative Awards bagi kategori pelakon pembantu wanita terbaik di Malaysia. Dia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan dari Universiti Malaya.

Mungkin ramai tidak tahu, gadis manis berusia 27 tahun ini pernah bergelar pensyarah sambilan UiTM di Fakulti Filem, Teater & Animasi yang kini bernaung di bawah Kolej Pengajian Seni Kreatif. Bukan caIang-caIang walaupun masih muda kredibilitinya jelas terlihat.

DR DIDDY HIRDY

Diddy Hirdy atau nama sebenarnya, Syamsul Hirdi bin Muhid mula melakar nama dalam industri seni Malaysia sebaik sahaja menyertai rancangan nyanyian realiti Akademi Fantasia.

Jejaka berusia 37 tahun ini memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang muzik dari University of Liverpool, England. Berjuang demi mendapatkan Ijazah tersebut selama lebih kurang lima tahun, kini dia merupakan seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia untuk Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan.

Sumber Remaja

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini