15 Tahun Amalkan, Michelle Yeoh Dedah Rahsia Kekal Jelita Dan Cergas Pada Usia 60 Tahun

Siapa tidak kenal bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh yang tetap unggul di persada pentas lakonan antarabangsa.

Biarpun usianya sudah mencecah 60 tahun, namun bintang kesayangan ramai ini masih kekal jelita, aktif dan fit menjalani kehidupan seharian.

Malah beliau yang baru-baru ini menerima pencalonan Anugerah Gotham atas peranan utamanya dalam ‘Everything Everywhere All At Once’ yang mendapat pujian kritis.

Persembahannya cukup menggambarkan bakatnya dan disebabkan itu, Michelle Yeoh berdiri dalam kalangan tempat teratas untuk Oscars akan datang.

Inilah Amalan Michelle Yeoh

Pada usia 60 tahun, beliau terus melangkau sempadan tanpa henti dalam menentang stereotaip bahawa kita sudah terlambat untuk mencipta peristiwa penting dalam hidup disebabkan oleh usia yang semakin meningkat.

Rupa-rupanya rahsia Michelle Yeoh kekal jelita, sihat dan aktif ini disebabkan pengambilan nutrisi yang secukupnya, terutama pengambilan susu.

Bintang Hollywood ini mengambil minuman susu Anlene sejak 15 tahun lalu dan terus kekal menjalin kerjasama hebat.

“Pertama kali saya minum Anlene adalah lima belas tahun lalu, dan saya memilih untuk bekerjasama dengan jenama ini pada tahun 2008 kerana falsafah mereka menarik perhatian saya.

“Mereka percaya dalam membolehkan anda menjadi lebih kuat daripada umur agar boleh terus bergerak bebas dan menjalani kehidupan yang sihat walaupun usia meningkat.

“Jadi, saya juga mahu terus membawa kebaikan kepada kehidupan orang lain melalui Anlene,” katanya yang kembali dengan kempen bersama Anlene setelah lebih sedekad.

Michelle Yeoh bersedia memainkan peranannya sebagai duta jenama untuk kempen #PergerakanTanpaBatasan Anlene yang menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengatasi batasan fizikal dan mental dengan kekal aktif.

Kempen ini juga menumpukan tentang sυmbangan penting yang kita boleh berikan kepada komuniti dan kehidupan kita sendiri, walaupun dalam peringkat kehidupan yang berbeza.

Untuk melawan stere0taip ini, Anlene menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai kempen #PergerakanTanpaBatasan. Ia juga bertujuan untuk mengajar kita tentang cara kita boleh bergerak dengan lebih bertenaga dan fleksibel, supaya kita dapat menjadi versi diri yang terbaik, walaupun setelah meningkat usia.

Sumber Rapi

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini