[ᴠɪᴅᴇᴏ] “ᴀᴅᴀ ‘ꜱᴇꜱᴜᴀᴛᴜ’ ᴀʀᴡʜ ᴄᴜʙᴀ ꜱᴀᴍᴘᴀɪᴋᴀɴ” ꜱʜᴜɪʙ ᴋ0ɴɢꜱɪ ɴʏᴀɴʏɪᴀɴ ᴛᴇʀᴀᴋʜɪʀ ꜱɪᴛɪ ꜱᴀʀᴀʜ ʙᴜᴀᴛ ʀᴀᴍᴀɪ ꜱᴇʙᴀᴋ

Kehilangan isteri tercinta buat selamanya pasti akan memberi kesan mendalam dan berpanjangan kepada seorang suami dalam mengubat kerinduan terhadap isterinya, namun masih tetap mencari kekuatan setiap hari demi anak-anak yang dikasihi.

Itulah yang sedang dirasakan oleh Shuib setelah kehilangan isterinya Siti Sarah Raisuddin buat selamanya pada 9 Ogos lalu.

Shuib yang kini masih berduka setiap hari pasti akan memuat naik story atau apa-apa perkara yang berkaitan arwh isterinya itu bagi melepaskan kerinduan dihati.

Terbaharu, Shuib yang merupakan seorang pelawak itu telah memuat naik video terbaharu di akaun Youtube miliknya.

Dia berk0ngsi nyanyian terakhir arwh Siti Sarah sebelum pergi buat selamanya.

Menerusi video berdurasi tiga minit itu, arwh Siti Sarah dilihat masih bertelekung sambil menyanyikan lagu yang berjudul Tanpa Kekasihku yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Agnes Monica.

Seperti biasa, Allahyrhamah menyanyikan lagu berkenaan dengan suaranya yang merdu dan juga sangat menyayat hati pendengar kerana beliau sentiasa menyanyi dengan penuh emosi.

“Lagu terakhir nyanyian bidadari ku, 28 Julai 2021,” tulis Shuib mengiringi perk0ngsian berkenaan.

“Assalammualaikum semua,,Sengaja sy k0ngsikan video ni sbb sy takut video ni hilang dr simpanan sy.Jadi sy abadikan di dalam Channel ini.

“Ini lagu terakhir nyanyian Arwh pd 28 Julai 2021.Arwah yg beria2 mintak sy record dia menyanyi,ternyata semasa sy record video ini,sy merasakan “satu perasaan yg sgt2 lain” cara pandangannya,cara nyanyiannya,cara arwh luahkan hati dan perasaan ketika menyanyikan lagu tersangat2 Istimewa…

“Bila di amati bait lirik,Ternyata ada “Sesuatu” arwah cuba sampaikan…InsyaAllah arwah kini tenang di syurga,,,

“TERUSKAN LAH MENDOAKAN ARWAH,JIKA RINDU,SEDEKAHKAN ALFATIHAH YA,,Semoga kita dpt kebaikan dunia dan akhirat. Amin”

Sehingga kini video yang dimuat naik kira-kira pukul 2 pagi Jumaat itu menerima lebih 100,000 tont0nan dan 1,000 komen.

Di samping itu, Rata-rata warganet turut tersentuh dengan nyanyian arwh apabila lirik lagu tersebut seolah-olah ditujukan buat suaminya.

“Biar semua tahu kemat!an tak mengakhiri cinta”

“Apalah ertinya hidup tanpa kekasihku. Percuma ku ada di sini”

Itulah bait-bait lirik yang dinyanyikan oleh Allahyrhamah yang sangat menyentuh hati.

Warganet juga turut berduka namun masih memberikan kata-kata semangat kepada Shuib sekeluarga agar terus kuat dan tabah.

“Pukul 2 pagi abang Shuib post video ni. Walaupun tak berada di tempat abang Shuib tapi saya faham jauh di sudut hatinya sak!t.”

“Semoga abang Shuib dan keluarga diberikan ketabahan untuk menghadapi ujian ini. Sesungguhnya… Allah rindu,” ujar seorang warganet.

Video:

Allahyrhamah Siti Sarah sebelum ini telah dimasukkan ke ICU oleh kerana tahap oksigennya menurun dan terpaksa ditidurkan untuk melahirkan anak terakhir mereka sebelum dia disahkan pergi buat selamanya.

Allahyrhamah meninggaIkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Sumber & video dipetik dari Yoy Network, Youtube Shuib Channel

Kredit: Mytv Viral

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini