“ᴋᴀʟᴀᴜ ʙᴀʙʏ ʙᴀʟɪᴋ ʀᴜᴍᴀʜ, ᴅɪᴀ ɴᴀᴋ ᴍɪɴᴜᴍ ꜱᴜꜱᴜ ᴀᴘᴀ?” ꜱʜᴜɪʙ ᴀᴋᴜɪ ꜱʏᴀᴛɪʟʟᴀ ᴍᴇʟᴠɪɴ ᴛᴀᴡᴀʀ ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ

Pastinya pemergian isteri tercinta kepada pelakon dan pelawak, Shuib, Allahyrhamah Siti Sarah Raissuddin cukup memberikan kesan yang begitu mendalam buat dirinya. Lebih-lebih lagi bila mengenangkan anak keempatnya, Ayash Affan yang masih dalam pemantauan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.

Menurut Shuib, perkara yang paling membimbangkan beliau adalah susu apakah yang akan diminum bayinya itu sebaik sahaja dibenarkan pulang ke rumah nanti.

“Pagi tadi bangun tidur… termenung kejap. Terfikir kalau baby dah balik rumah, dia nak minum susu macam mana”

Sebelum ini, Shuib memberitahu Allahyrhamah Siti Sarah pernah menyuarakan hasrat mahu dirinya yang menjaga anak bongsu mereka atas alasan tidak mahu bersengkang mata memandangkan sebelum ini ketiga-tiga anak mereka memang dijaga sepenuhnya oleh Sarah.

“Teringat kata-kata arwh… dia suruh saya yang jaga baby sebab tak nak bersengkang mata”

“Sebab tiga orang anak kami, memang dia yang banyak jaga. Masa itu terfikir kalau tak larat, dia masih ada. Tapi rupa-rupanya memang betul saya kena jaga seorang diri” katanya.

Bagaimanapun, Shuib mendedahkan bahawa beliau banyak menerima tawaran dalam kalangan rakan-rakan artis wanita termasuklah pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin yang memaklumkan bahawa kawan baik beliau mempunyai bekalan susu badan yang cukup untuk diberikan kepada bayinya itu.

“Ramai orang yang tawarkan termasuk Syatilla pun ada. Bila fikir balik, kena juga tahu orang itu minum apa… nanti jadi ibu susuan. Saya tak tahu sangat, nak kena tanya ustaz dahulu.”Jelasnya pada majlis tahlil dan bacaan Yassin pada Rabu.

Namun, Shuib mengambil keputusan untuk bertanyakan perkara berkenaan terlebih dahulu kepada Ustaz.

Sumber: Xtra, Instagram Samtilla Via Mytv Viral

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini