ᴀᴋʜɪʀɴʏᴀ ꜱʜᴜɪʙ ʙᴇʀꜱᴜᴀʀᴀ? ꜱᴀʀɪ ʏᴀɴᴛɪ ᴘɪʟɪʜᴀɴ ᴛᴇᴘᴀᴛ ᴊᴀᴅɪ ɪʙᴜ ꜱᴜꜱᴜᴀɴ ᴀʏᴀꜱʜ ᴀꜰꜰᴀɴ

Selepas pemergian isteri tercinta Allahyarham Siti Sarah pada Isnin lalu, Shuib Sepahtu berkata dia sudah mula memikirkan mengenai soal susu untuk bayinya, Ayash Affan.

Menerusi satu temubual bersama mStar, Shuib memaklumkan ramai yang menawarkan diri untuk menjadi ibu susuan Ayash, namun dia perlu merujuk kepada ustaz terlebih dahulu mengenai perkara itu.

Menerusi ruangan komen video itu, rata-rata netizen mengagumi dengan sikap pelawak itu yang sudah memikirkan mengenai bayinya itu serta bertanggungjawab menggalas tugas arwah isterinya.

Dalam pada itu, ada netizen mencadangkan Sari Yanti adalah individu paling tepat untuk menjadi ibu susuan Ayash apatah lagi Shuib mempunyai hubungan rapat dengan Jep Sepahtu.

Sebelum ini, pendakwah bebas, Ustaz Haslin Baharim menasihatkan Shuib supaya mencari ibu susuan yang memiliki akhlak yang baik.

“Carilah mana-mana wanita (Islam) pun asalkan akhlaknya baik. Jika boleh, minta perkenan daripada suami wanita itu juga.

View this post on Instagram

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Pastikan bayi diberi susu sekurang-kurangnya lima kali kenyang dan tak ada khilaf, maka termeterailah secara automatik dia sebagai ibu susuan,” katanya.

Kredit: OMM

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini